Followers

Monday, July 5, 2010

Siapa percaya bila "UmNo kata dan Insaf"


Adoiiii.... mereka kata mereka dah insaf.Pemimpin tinggi mereka kata UmNo dah insaf, sedar diri dan muhasabah diri serta sudah kembali ke pangkalan jalan.

Bila mereka kata sudah insaf, mereka kini terasa amat segar bugar dan bersemangat seperti mana UmNo di tubuhkan pada tahun 1946. UmNo kini sudah merasakan sokongan orang Melayu terhadap nya telah menyeluruh.


Untuk kembali menjadi manusia beragama dan Parti Melayu yang benar-benar insaf. UmNo berkira-kira untuk tidak membayar sesen pun kepada orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. UMNO berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepada nya.


Oleh kerana hari ini keadaan berbeza kerana telah diajar oleh pemimpin mereka yang menggalakan rasuah dan pemberian esentif maka rakyat UmNo tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan UMNO berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, UMNO sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangan nya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. UMNO rupa rupa di sedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.


Diatas rasa insaf yang amat mendalam UmNo sudah berkira-kira bahawa mereka sudah bersedia untuk menghadapi PRU 13 dan menjangkan bahawa rakyat akan mengembalikan kuasa kepada mereka setelah segala kelemahan dan kesilapan lalu dapat diatasi.

Mesyuarat peringkat Bahagian yang kini sedang rancak dijalankan memberi harapan baru kepada pemimpin mereka bahawa rakyat sudah kembali menyokong mereka. Mereka memburukkan pimpinan Pakatan Rakyat yang menang dalam PRU yang lalu dengan tujuan membohongi ahli parti sekangkang kera mereka bahawa mereka jenis pemimpin yang sudah Insaf dan buat kerja kehulu kehilir bertemu rakyat walau dalam setahun hanya sekali nampak batang hidung dalam mesyuarat bahagian.


Perjumpaan dengan ahli parti dan tidak rakyat ini walau pun hanya setahun sekali ianya dikira amat baik berbanding ada yang datang semula selepas 5 tahun menjelang pilihanraya.

Jika benarlah bahawa UmNo telah kembali kepangkalan jalan semua orang patut bersyukur kerana tiada lagi wang rakyat digunakan bagi membeli undi yang akhirnya menyusahkan rakyat.

Anda percayakah UmNo sudah Insaf dan berkira-kira untuk tunjukkan pada orang ramai bahawa UMNO dah sedar, dah muhasabah diri, dah buat perancangan dan akan lakukan transformasi?

Saya tidak tahu bila UmNo hendak memulakan tabiat ini kerana dalam dua Pilihanraya kecil baru-baru ini diberitakan bahawa UBN membelanjakan puluhan juta ringgit wang rakyat untuk membeli undi yang tidak setimpal dengan jumlah undi kemenangan di Hulu Selangor dan jatuh tertirap di Sibu walau 'Tok Jib' merasuah rakyat Sibu dengan janji kontroversi 'you help me, I help you'
BANGI - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, masa telah tiba bagi Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, membuktikan bahawa kelemahan dan kesilapan mereka yang wujud sebelum ini telah berjaya diatasi.

Katanya, BN dan semua parti komponennya kini perlu bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tanpa dolak-dalik lagi.

Menurutnya, alasan klise dan remeh yang sering diguna pakai sebelum ini tidak boleh lagi digunakan sebagai faktor penyokong untuk ‘lari’ dari bertanding dalam pilihan raya.

Katanya, pindaan terhadap perlembagaan (parti) dan transformasi menyeluruh di dalam UMNO adalah langkah drastik yang diambil untuk kembali memperkasakan parti, sekaligus membolehkan UMNO muncul sebagai parti komponen BN pertama yang berani bertindak sedemikian rupa.

“Tak boleh lagi dah. Masa dah sampai untuk kita bangkit, masa dah sampai untuk kita tunjukkan pada orang ramai bahawa UMNO dah insaf, sedar, dah muhasabah diri, dah buat perancangan dan akan lakukan transformasi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Serdang di sini.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan mengusulkan supaya Badan Perhubungan UMNO Negeri di lima buah negeri kembali diterajui oleh kepimpinan parti negeri terbabit.

Ini kerana, menurut Ahmad Zahid, keadaan UMNO di negeri-negeri berkenaan iaitu Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Ked:ah, dan Wilayah Persekutuan telah kembali mantap dan pulih.

Ditanya apakah beliau telah bersedia untuk melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, Hishammuddin berkata, aspek itu akhirnya akan ditentukan ahli parti

1 comment:

  1. Cakap macam tu hanya buat aku terkenang perangai yahudi kat Palestin.Buat perjanjian genjatan senjata tetapi pada masa yang sama masih lagi membedil, mengebom penduduk Islam Palestin.

    Sampai kiamat pun aku tak percaya cakap puak-puak celaka ni.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.