Katanya, tahap kemiskinan di Kelantan membimbangkan dan Kerajaan Persekutuan mengambil pelbagai langkah bagi membasmi masalah tersebut termasuk memperuntukkan sebanyak RM 30.7 Juta bagi membantu golongan tersebut sejak awal tahun ini. “Ramai rakyat Kelantan yang terpaksa merantau ke negeri-negeri maju bagi mencari rezeki membela nasib keluarga mereka namun apa usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sedangkan mereka melaung-laungkan Negeri Berkebajikan?.
“ Melalui bantuan dan Program 1 Azam, Kerajaan Persekutuanberjaya mengurangkan golongan miskin tegar kepada 845 keluarga daripada 3,507 keluarga di Kelantan. Indeks menunjukkan seramai 3,507 keluarga miskin tegar dan 6,003 keluarga miskin di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Machang 2010 di sini, semalam. Turut Hadir pada Majlis tersebut Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub.
Pada Majlis yang sama, Pergerakan Wanita UMNO turut meraikan 17 veteran Wanita yang banyak berbakti kepada bahagian Machang. Shahrizat berkata , bagi jajahan Machang, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM500,000 sebulan berbanding Kerajaan Negeri yang mengagihkan RM38,000 sebulan kepada lebih 1,000 penerima di sini. Katanya, selain memberi bantuan secara tetap, kerajaan juga melaksanakan ‘Program 1 Azam’ kepada golongan miskin tegar terhadap peluang ekonomi bagi meningkatkan pendapatan.
Itu laporan yang aku baca dari Sinar Harian. Walaupun aku bukan beriman dengan laporan jenis fasiq ni, tetapi aku yakin jika berita umNO jarang sangat salah... Cerita dan bahab jaja Shahrizat ni aku biasa dengar masa mula mula kerajaan PAS perintah Kelantan... Kelantan miskin... Kelantan takde beras... kelantan tak de pembangunan dan bla..bla.. lagi... Hasilnya ramai yang Ke Kelantan bawa beras malu sendiri...
Waktu kawan aku dari Kelantan pertama kali sampai Ipoh aku bawa melawat Bandaraya Ipoh... dia tanye.. mane bandarnye... Punye la malu aku nak bandingkan dengan Kota Bharu... Aku pun tak tahu nak tunjuk kat mana... baru ni la ade bandar baru yang boleh aku angkat kepala sikit...tapi nak lawan ngan Kota Bharu masih aku malu kerana status Bandaraya Ipoh.
Aku ingat Shahrizat yang dah bertahun jadi Menteri boleh cerdik sikit... rupenye sama standart ngan Shafie Apdal yang tah ape ape... Mungkin Shahrizat yang semakin tenggelam dengan kekalutan umNo memulihkan sokongan rakyat. Rakyat Kelantan termasuk umNO tentu rase diperbodohkan oleh Shahrizat. Mungkin juge Shahrizat diperbodohkan oleh pemimpin umNo yang bawa Shahrizat melawat kawasan miskin tepi sungai yang menjadi penyokong tegar umNO... kesian.. tak tahu siapa yang tipu dan menipu... yang pasti Shahrizat dah tertinggal kapal
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.