Followers

Thursday, July 8, 2010

SHAFIE BACUL JIKA ENGGAN


PAS Sabah mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya bertindak sebagai ‘anak jantan’...

dan menyahut cabaran Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mengadakan debat terbuka berhubung tuduhan beliau bahawa Pas sebuah parti ajaran sesat.

Jika benar beliau yang mempunyai kredibiliti dan berwibawa, maka jalan terbaik untuk membuktikannya ialah dengan bersedia berdebat dengah Salahuddin. Sekirannya beliau menolak ini membuktikan beliau seorang bacul dan hanya berani berkokok melalui media massa tempatan sahaja.

“Saya harap Shafie masih ingat ketika peristiwa beliau terpaksa membatalkan perjalanannya walaupun beliau sudah daftar masuk untuk penerbangan MAS dari Tawau ke Kuala Lumpur. Ini disebabkan beliau takut berdepan dengan Dato’ Seri Anwar yang berkebetulan daftar masuk untuk penerbangan yang sama,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah dalam satu kenyataan beliau di sini.

Tambah Hamzah lagi, tindakan Shafie jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya gentar untuk bersemuka pemimpin Pakatan Rakyat dan hanya berani secara ‘baling batu sembunyi tangan’ dan bercakap hanya dalam media.

“Pas bertegas bahawa UMNOlah parti ajaran sesat. Buktinya kita boleh lihat di mana gejala maksiat subur di bawah pemerintahan UMNO-BN. Pusat-pusat judi, karaoke, kelab malam, pusat urut dan pelbagai lagi tumbuh dengan subur sekali di bawah UMNO-BN. Isu pembuangan bayi, kes zina, gugur anak merupakan budaya rutin yang semacam tiada penghujungnya akibat UMNO-BN menolak hukum Allah. Inilah kesesatan yang nyata,” katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan beliau menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

"PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS,” kata Idris.

Shafie, kata Idris, cuba menakutkan orang ramai supaya jangan menyokong PAS ketika UMNO mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas UMNO di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat," katanya. - Azimfitri/S/kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.