Senarai perbelanjaan termasuk lawatan ke Disneyland Paris dan satu persinggahan empat hari laluan transit di Dubai.
Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.
Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:
Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir – Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.
Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.
Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.
Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.
Kesemua perbelanjaan bagi perjalanan itu ditanggug sepenuhnya oleh Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB), ianya didedahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairiyah Abu Hassan di dalam penyiasatan SELCAT hari ini.
Ketika ditanya oleh Pengerusi Komitee SELCAT, yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Kim, mengenai tujuan lawatan ke Morrocco dan Paris, Khairiyah menjawab lawatan ke Morocco merupakan lawatan sambil belajar (pendedahan) mengenai hasil Senibina negara berkenaan.
“Kami mahu melihat sendiri Senibina yang memaparkan keagungan Empayar Islampada masa silam, dan kami mahu ianya diadaptasi di Selangor” kata CEO PSNB itu.
Tiada apa-apa hasil dari lawatan ke Morroco
Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai hasil dari lawatan itu, Kahiriyah menambah tiada apa-apa objektif selain hanya “cakap-cakap” sahaja mahu membina bangunan berdasarkan senibina Morroco itu di Selangor
Penyiaasatan SELCAT juga mendedahkan terdapat penyalahgunaan dalam pembiayaan PSNB untuk tiket penerbangan udara dan penginapan anak-anak Khir Toyo.
Khairiyah apabila ditanya samada terdapat atautidak di dalam polisi PSNB bagi membiayai anak-anak Lembaga Pengarah bagi lawatan rasmi Perbadanan itu, Khairiyah dengan berat hati menjawab “Tidak” , tetapi tidak menjelaskan lagi dengan lebih detail.
Ketika ditanya mengenai trip ke DisneyLand Paris, Khairiyah berkata lawatan itu merupakan lawatan rasmi atau dipanggil “Lawatan teknikal” untuk belajar konsep “Taman Tema yang terkenal di dunia”, kerana PNSB didalam perancangan mahu membina Taman Tema di Sepang gold coast areain Bagan Lalang.
Didalam pendedahan lain, untuk tujuan yang sama, Khir Toyo membelanjakan RM648,841 wang PNSB untuk rombongan pengiring satu perjalanan sembilan hari ke Honolulu, Hawai dan Disneyland di Orlando, Amerika Syarikat dari Disember 23, 2007 hingga 1 Jan, 2008.
daripada jumlah itu sekitar kira-kira RM110,000 telah dibelanjakan untuk penginapan Khir sahaja manakala RM171,000 dibelanjakan untuk 6 bilik tambahan yang salah satunya adalah untuk anak-anak Khir Toyo.
Trip ke Disneyland, menurut salah seorang Ahli Jawatankuasa Azmn Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa adalah lebih kepada Lawatan percutian keluarga.
Delegasi hanya disambut oleh Pemandu Pelancong
Dokumen juga mendedahkan, tidak ada perbincangan serius antara delegasi yang diketuai Khir Toyo dengan pihak pengurusan Disneyland
“Sebaliknya, delegasi hanya disambut oleh seorang pemandu pelancongan yang daripada agensi pelancongan Selangor, iaitu syarikat yang menguruskan semua perjalanan delegasi rombongan.
“Jika ianya benar2 merupakan Lawatan Teknikal, satu perbincangan serius antara pihak Disneyland dan Delegasi Khir Toyo perlu diadakan, tetapi sebaliknya delegasi rombongan hanya membayar tiket seperti lawatan biasa dan mengakui mereka belajar sesuatu dengan hanya memerhati sekeliling”, jelas Azmin.
Azmin juga menyatakan tiada sebab konkrit yang Khir Toyo membuat Trip Lawatan ke Disneyland itu pada bulan Disember sepanjang Cuti Sekolah.
Khairiyah yang juga salah seorang delegasi rombongan Khir toyo bagaimanapun mempertahankan tindakan bekas Bosnya dan menyatakan yang lawatan itu adalah penting didalam merialisasikan impian PNSB untuk membangunkan Taman Tema di Bagan Lalang.
“Kami, ke sana untuk memeplajari konsep dan membuat perbandingan (dengan Disneyland dari negara2 lain), ” beliau menambah, yang perancangan pembangunan taman tema itu yang akan dibina di tanah seluar 20 hektar di Bagan Lalang.
Teng pula mengatakan ianya cukup tidak masuk akal bagi PNSB yang mahu menguruskan Operasi dan Pembangunan jika hanya pergi membuat lawatan melihat Disneyland.
“Anda membelanjakan banyak duit rakyat, sejumlah RM1.8juta untuk lawatan ke Disneyland di Paris, Orlando, dan Tokyo untuk hanya membina taman tema di tapak seluas 20ekar?” said Teng.
Khir ditemani anak dan isteri mengikuti lawatan disamping Khairiyah diatas kapasitinya sebagai CEO di PNSB. Khairiyah juga mengaku yang dia membawa anaknya didalam trip lawatan tersebut tetapi diatas perbelanjaan sendiri.
Minggu lepas, Khairiyah juga mendedahkan Isteri Khir Toyo, Zaharah Kecik merupakan kenalan rapatnya.
Dia menambah bahawa tidak ada jawatankuasa PNSB untuk memperhalusi mana-mana “permintaan” untuk dana PNSB dan bagaimana ianya dibelanjakan. menurutnya, semua permintaan di luluskan oleh lembaga pengarah sendiri.
Report Polis akan dibuat terhadap Isteri Khir Toyo
Siasatan dilakukan bagi mencari sumber lebih RM1juta yang diterima oleh Badan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (BALKIS) daripada Syarikat milik Kerajaan Negeri dan Swasta.
Zaharah merupakan pengerusi badan itu ketika Khir menjadi Menteri Besar.
Sementara itu didalam sidang akhbar, Teng(foto, kanan) menjelaskan pelbagai percanggahan-percanggahan ketara telah ditemui semasa perbicaraan itu dan jawatankuasa itu akan mengadakan satu mesyuarat tidak lama lagi untuk membincangkan tindakan selanjutnya.
“Selain dua saksi yang telah menolak untuk menghadiri pendengaran itu, saya berpuas hati dengan kerjasama yang ditujukkan oleh saksi lain. Kita akan meneliti dokumen-dokumen diterima dan akan menyediakan satu laporan sebelum sidang berikutnya bagi dewan negeri,” katanya.
Bila ditanyakan tentang nasib Khir selepas ini, Teng menyatakan dia mungkin akan dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan Dewan Negeri bagaimanapon dia tidak mahu mengulas tentang apa keputusan jawatankuasa kelak.
Bagi Zaharah, Teng menyatakan isteri Khir telah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Dewan Negeri 2008 kerana tidak menghadiri perbicaraan.
Khir telah menolak bagi mengulas mengenai perkara itu mengatakan yang dia akan mengarahkan peguamnya untuk menangani perkara itu.
Perbicaraan awam itu merupakan yang pertama kali diadakan oleh Dewan Undangan Negeri di negara ini, ianya bermula sejak 23 Mac 2009.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.