Followers

Friday, July 23, 2010

Panas: Gara-Gara Amanah Itu Diberikan Kepada Orang Yang Bukan Ahli, Mesyuarat Agung Masjid Al-Falah Dekat Kuantan Kecoh Isu Pecah Amanah

KUANTAN, 22 Julai - Mesyuarat Agung Khas Masjid Al-Falah, Perkampungan Sg.Isap 2 dekat sini kecoh berbagai isu panas yang dibangkit malam tadi. Mesyuarat yang bermula selepas solat Maghrib itu turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Khadi Daerah Kuantan.

Suasana panas mula terasa selepas beberapa orang kariah mempersoalkan penyata kewangan yang didapati terdapat begitu banyak unsur penyelewengan dan
"pecah amanah". Antara yang dipersoalkan ialah kegagalan jawatankuasa masjid berkenaan mengadakan mesyuarat bermula dari tahun 2006 hingga 2009 (4 tahun).

Malah turut menjadi pertikaian ialah beberapa tindakan dan penggunaan wang yang dilihat tidak telus oleh jawatankuasa berkenaan. Malah, majoriti ahli kariah masjid berkenaan tidak bersetuju dan enggan menerima serta mengesahkan penyata kewangan yang dibentangkan oleh pihak yang berkenaan.

Difahamkan, penyata yang sepatutnya dibentangkan oleh
Bendahari terdahulu iaitu Sahril Abdullah tidak dapat dijalankan apabila individu terbabit tidak hadir malah difahamkan enggan hadir kerana sudah mengetahui apa akibatnya. Malah, turut tidak hadir ialah bekas Pengerusi masjid itu sendiri iaitu Yaakop Awang.

Akibat ketiadaan kedua-dua individu penting terbabit, maka pembentangan laporan kewangan hanya dibuat bagai
"melepaskan batuk ditangga" sahaja oleh bekas Setiausaha iaitu Abdul Mubin Abdul Rahim. Beliau yang kini merupakaa Ketua Kampung "Tok Empat" kawasan berkenaan hanya membentangkan laporan sebaliknya gagal untuk menjawab beberapa soalan panas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.