Mana Najib..takut nak jumpa PM atau Presiden negara islam ke? Takut nak jumpa Ahmadenejad dan Erdogan ke Najib. Apalah punya pemimpin islam kononnya, bila persidangan kafir, terhegeh-hegeh nak pergi. Bila persidangan islam, hantar timbalan Perdana Menteri sedangkan negara lain hantar Presiden dan PM masing-masing.
Mungkin Najib risau takut-takut Erdogan tinggalkan majlis D8 seperti yang dibuatnya ketika PM Israel ada atas pentas. Atau Ahmadinejad bidas Najib depan-depan orang ramai. Kerana dunia semua dah tahu. Najib pro yahudi, bagi bisnes dan gaji pada Apco yahudi
Nigeria ambil alih Pengerusi D-8
ABUJA 8 Julai - Malaysia hari ini menyerahkan peranan selaku Pengerusi Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) kepada Nigeria selepas menduduki kerusi berkenaan selama dua tahun.
Penyerahan tersebut dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Presiden Nigeria, Goodluck Ebele Jonothan pada Sidang Kemuncak D-8 Ketujuh yang berlangsung di sini hari ini.
''Saya yakin di bawah teraju Presiden Goodluck Ebele Jonathan, D-8 akan menikmati lebih banyak kejayaan," katanya pada sidang berkenaan yang berlangsung di Dewan Negara, di sini.
Tambah beliau, ketika Malaysia mengambil alih Pengerusi D-8 pada Julai 2008, tiga perkara utama dilakukan iaitu penubuhan Sekretariat D-8, Pelan Tindakan (Road Map) D-8 dan Pelan Tindakan 10 Tahun D-8.
"Semua keputusan ini yang dipersetujui bersama negara anggota adalah bagi mengukuhkan usaha menjadikan kumpulan ini relevan dalam era globalisasi," katanya.
Menurut Muhyiddin, Malaysia juga gembira apabila terdapat pelbagai langkah susulan berhubung isu keselamatan makanan yang sebelum ini ditekankan pada sidang kemuncak lalu di Kuala Lumpur.
Katanya, terdapat beberapa mesyuarat peringkat menteri diadakan ke arah mencapai matlamat tersebut dan lebih menyemarakkan lagi apabila Mesir, Iran dan Turki bersetuju menubuhkan Kompleks Baja Usaha Sama di Mesir.
''Kejayaan pelaksanaan perkara ini pastinya akan meningkatkan lagi imej D-8," ujarnya.
Sidang kemuncak ini turut mengesahkan pelantikan Setiausaha Agung D-8 yang baru, Prof. Ir. Widi Agoes Pratikto bagi menggantikan Dr. Dipo Alam yang dilantik menganggotai Kabinet Indonesia Januari lalu. - Utusan

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.