Ini gambar Mat Tyson menggenggam penumbuk tapi bukan
mengacukannya pada Najib pun...
mengacukannya pada Najib pun...
Orang kalau dah tak suka kat kita, macam macam cara yang depa boleh buat. Macam tu la jugak, dengan kes Mat Taib ni. Najib kata Umno bahagian Kelana Jaya tetap berjalan seperti biasa walaupun tanpa Mat Taib. Addoiiii... sakitnya hati.
Atau dalam ertikata lain, macam melukut ditepi gantang la. Ada buat menyemak tapi kalau tak dak pun tak pa.
************************************
Katanya, isu itu juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno petang ini.
"Tak bincang, tapi bahagian Kelana Jaya boleh teruskan. Tak ada masalah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu petang ini.
Setelah dilaporkan memberikan mandat kepada timbalannya Datuk Yahya Bujang bermula April tahun lalu, terdapat desakan daripada akar umbi supaya Muhammad melepaskan jawatan.
Desakan itu dibuat antaranya bagi memastikan Umno bahagian itu mencapai segala objektif dan fungsi yang ditetapkan.
Setelah 'diam' selepas tewas dalam pemilihan agung Umno sebelum ini, Muhammad tidak pernah lekang daripada menjadi mangsa spekulasi, antaranya dakwaan beliau bakal keluar parti.
Ia antaranya ekoran kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tahun lalu bahawa Muhammad mengakui perubahan yang Pakatan dalam satu pertemuan pada November tahun lalu.
Khalid juga mendakwa, dalam pertemuan itu, Muhammad juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar.
Dalam sidang media petang ini, Najib turut ditanya lanjut berkaitan tindakan ketua bahagian itu Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan tugas ketua bahagian itu kepada timbalan beliau.
"Tak apalah dia (Muhammad) delegate (serahkan kuasa). Kita terima, jalanlah macam biasa.
"Kalau dia (Muhammad) delegate, dia (timbalan) ada kuasa sebagai pemangku ketua," kata perdana menteri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.