Followers

Tuesday, July 20, 2010

MULUT `BUSUK' EZAM SESUMPAH MENGHINA TUAN GURU NIK AZIZ

Oleh: WFAUZDIN NS

RAJA sesumpah @ raja kotak, Senatak Ezam hari ini `menyeru' agar kita semua tinggalkan Tuan Guru Nik Aziz kerana dikatakan Mursyidul Am PAS dan juga MB Kelantan itu `berjiwa kecil'. Tuan Guru Nik Aziz `berjiwa kecil' itu telah mentadbir Kelantan lebih 20 tahun dan kerana kecilnya jiwa beliau, maka Umno kini menjadi `pengemis' di Kelantan. Baca seterusnya apa yang diperkatakan oleh raja sesumpah itu di sini.

Jika Tuan Guru Nik Aziz berjiwa kecil semata-mata menolak kerjasama dan perpaduan dengan Umno, adakah raja sesumpah Senatak Ezam berjiwa besar? Di zaman era reformasi, raja sesumpah ini kekeringan air liur memaki hamun Umno, Tun Mahathir seterusnya Pak Lah, malah Najib juga menjadi mangsanya. Hinggakan pasu bunga mahal di rumah Najib pun menjadi isu buat raja sesumpah ketika itu. Raja sesumpah juga pernah menyebut tidak akan sertai Umno dan menyebut bahawa tiada orang yang masuk Umno yang tiada kepentingan diri. (Rujuk klip video pada blog saya ini).

Menjadi Senator (Senatak) melalui pintu belakang itu berjiwa besarkah? Beliau menuduh Tuan Guru Nik Aziz hanya pentingkan kuasa dan kedudukan. Cuba kita bandingkan rumah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan 20 tahun dengan rumah Senatak Ezam yang menjadi Wakil Rakyat bahkan Ketua Bahagian pun tidak itu? Apa ertinya kuasa jika Tuan Guru Nik Aziz hidup sedemikian rupa? Gila kuasa untuk apa? Elaun beliau pun satu sen Tuan Guru tidak makan. Senatak Ezam pula bagaimana? Makan gaji dan elaun Senatak dari pintu belakang dianggap berjiwa besar?

Sudahlah Ezam. Lagi banyak kamu bercakap, lagi busuk mulut kamu. Setelah kamu gagal menjatuhkan kredibiliti DS Anwar dan keluarganya, sekarang Tuan Guru Nik Aziz pula kamu mahu jadikan mangsa mulut `bernajis' kamu itu. Semata-mata mahu membodek Najib, kamu jual diri kamu dengan harga lebih murah dari pelacur jalanan./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.