Followers

Friday, July 9, 2010

Melaka Oh Melaka..Ada Juga Jalan Haji Taib Kat Melaka..


Nampaknya Melaka penuh dengan aktiviti pelacuran. Takkan negeri sekangkang kera pun Ali Rustam tak pandai jaga. Tapi ada juga kome blog ini yang menyatakan ali rustam sendiri tak pandai jaga keluarga sendiri..ini dia...

Isa said...

Ali Ketam nih, kencing kuat. Anak isteri dia sendiri pun hancur beb..

Gua dapat maklumat, anak pompuan dia yang kahwin mat saleh ostolia dah tak serupa orang lagi dah.

Yang sekor lagi nama sherry... sosialnya mengalahkan minah saleh...

Sekoq lagi gua tak tau....

Siasat2 la tengok... background keluarga, hancur beb.... (SINI)

Jika benar, patutlah kacau bilau Melaka sekarang ini. Aktiviti pelacuran dah tahap kronik di Melaka. Pelajar sekolah pun dilacurkannya. Warga asing tak hairanlah..ini beritanya..

Janda muda kena lacur

AYER KEROH - Niat asalnya mahu mencari rezeki halal selepas kematian suami untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan menyara anak tunggal.

Namun malang bagi seorang janda muda warga Vietnam apabila dia ditipu dan dijadikan pelacur di negara ini.

Disebabkan tidak tahu berbahasa Inggeris dan Melayu, janda muda itu tidak tahu di mana mahu meminta bantuan sehinggalah dia tertangkap ketika melacur.

Bui Thi Truc, 24, dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah melakukan aktiviti persundalan.

Dia juga diarahkan Majistret Muzila Mohamed Arsad dihantar pulang semula ke negara asalnya selepas menjalani hukuman penjara.

Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan itu didapati bersalah kerana mencari langganan bagi maksud persundalan pada 18 Mei lalu, kira-kira jam 9 malam, di rumah bernombor 6-13, Blok Champhor Pangsapuri Garden City, Ujong Pasir, dekat sini.

Thi Truc disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika pertuduhan dibacakan penterjemah, tertuduh mengangguk faham terhadap pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md Nor.

Dalam rayuannya, Thi Truc yang diwakili peguam memohon supaya diringankan hukuman berikutan tertuduh kematian suami setahun lalu.

Peguam, Yaakub Mat ketika membela anak guamnya turut memaklumkan mahkamah yang ibu bapa tertuduh adalah seorang petani yang berpendapatan hanya RM200 sebulan.

"Tertuduh tertekan dan rasa tertipu kerana sebelum ini dia dijanjikan untuk diterima bekerja di sebuah kelab yang tidak terbabit dengan aktiviti seksual.

"Namun sebaik tiba di sini, dia disuruh melakukan aktiviti seksual dan kerana tidak mahir bahasa Inggeris dan Melayu, dia tidak tahu untuk berkomunikasi dengan sesiapa bagi memaklumkan masalahnya," katanya.

SELAGI PUSAT MAKSIAT TIDAK DITUTUP SELAGI ITULAH MAKSIAT AKAN BERLELUASA

Lapan pelajar seksi dicekup

MELAKA : Melaka memang terkenal sebagai antara negeri ‘Darul Maksiat’ Islam Hadhari. Jolokan ini amat sinonim dengan Melaka kerana pusat-pusat maksiat tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan tanpa ditegah oleh kerajaan Islam Hadhari. Sebut sahaja apa juga nama pusat maksiat samada karaoke, dangdut, disko, night club dan macam-macam lagi semuanya ada di Melaka.

Ini ditambah lagi dengan perangai pemimpin Islam Hadhari yang memang suka kepada program maksiat seperti konsert dan nyanyian. Lihat sahaja majlis-majlis sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan agensi-agensinya sudah pasti diselitkan dengan acara konsert, nyanyian atau sekurang-kurangnya karaoke. Program-program maksiat yang dianjurkan oleh stesyen-stesyen TV juga sudah pasti tidak akan ditolak oleh Imam Hadhari Melaka. Sebab Jom Heboh, Gegar dan sebagainya menjadikan Melaka sebagai destinasi strategic mereka.

Malam kelmarin dilaporkan bahawa lapan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di bandar ini yang menyeludup masuk ke sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, di sini semata-mata untuk berhibur dan merasai nikmat sebagai orang dewasa ditahan dalam satu operasi bersepadu antara polis dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Semua pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu juga mengenakan pakaian seksi dan dikatakan berbuat demikian bagi membolehkan ‘bouncer’ membenarkan mereka masuk tanpa perlu melalui pemeriksaan ketat.

Dalam operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) negeri dan Jaim itu, seramai 37 wanita termasuk kumpulan pelajar perempuan terbabit berusia antara 17 hingga 35 tahun ditahan kerana berpakaian tidak sopan.

Selain itu, 10 lelaki berusia antara 26 hingga 34 tahun turut ditahan kerana meminum minuman keras.

Ketua Pegawai PenguatKuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata semua pelajar perempuan berkenaan pergi ke pusat hiburan itu kerana mengikut rakan yang lebih dewasa.

Katanya, ketika soal siasat dijalankan, mereka menyatakan datang ke pusat hiburan itu untuk berseronok dan berhibur pada malam cuti hujung minggu.

"Semua mereka begitu berani berpakaian sendat dan melampau sehingga ada menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

"Semua pelajar dan wanita berkenaan ditahan kerana melakukan kesalahan berpakaian tidak sopan," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Operasi selama tiga jam bermula jam 1 pagi itu turut memeriksa lebih 100 pengunjung dan semua mereka dikehendaki menjalani ujian air kencing bagi mengesan kemungkinan ada di kalangan mereka mengambil dadah.

Rahimin berkata, 10 lelaki yang ditahan itu pula berada di dalam sebuah bilik di pusat hiburan berkenaan bersama-sama tiga wanita sambil meminum minuman keras.

"Rata-rata pengunjung di dalam pusat hiburan itu adalah mereka yang berketurunan Melayu dan beragama Islam," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap ibu bapa dapat mengawal aktiviti anak mereka pada sebelah malam dengan mengambil tahu di mana anak mereka pergi.

Menurutnya, semua wanita yang ditahan itu diberikan saman hadir dan pengunjung di bawah umur itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Pengunjung yang berpakaian seksi itu akan didakwa mengikut Seksyen 71, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana perbuatan tidak sopan.

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.

"Bagi lelaki terbabit mereka akan didakwa mengikut Seksyen 50, enakmen sama kerana meminum minuman yang memabukkan. Sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 12 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.