Followers

Sunday, July 18, 2010

Mat Taib dah lama menghilangkan diri,itulah cerita yang kini menjadi begitu sensasi di kalangan Ahli Umno Bahagian Kelana Jaya,samaada di kedai kopi atau di mana saja majlis yang dianjurankan Umno sudah pasti cerita kehilangan Muhamad Taib ini akan menjadi panas.

Tambahan pula ada desas desus yang mengatakan beliau terlalu kecewa kerana gagal menjadi Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan yang lalu,lantas bercita-cita ingin berubah angin dan melompat kepada Pakatan Rakyat,benarkah desas desus ini??sama-samalah kita tunggu dan lihat,semoga menjadi kenyataan dan menjadi satu letupan yang menggegarkan Umno nanti.

Malah kenyataan MT Umno.Dr. Puad Zarkashi,seolah-oleh begitu marah dan kecewa dengan tindakan Muhammad Taib sehingga mengeluarkan perkataan bahawa Muhammad Taib"contoh terburuk" dari segi kepimpinan dalam Umno..Cuba baca kenyataan Puad di bawah ini.

Kegagalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dari menghadiri aktiviti pergerakan itu, terutama bahagiannya terus menimbulkan tanda-tanya.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan tertinggi parti dan juga pentadbiran negeri Selangor dan Pusat, perlu memberikan contoh terbaik supaya boleh dicontohi orang lain.

Beliau mendakwa tindakan Muhammad yang dilaporkan dua kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian serta tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan kegagalannya menunjukkan komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawab.

"Beliau telah beri contoh terburuk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman, dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli mengenai bahagian yang diketuai, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," katanya di sini pada Ahad.

Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997, dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah hampir setahun dari Mac 2008 hingga April 2009, adalah juga bekas naib presiden Umno dan bekas pengerusi badan perhubungan Umno Selangor serta bekas ketua penerangan Umno, didakwa telah tidak aktif dalam politik sejak kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden Umno pada Mac tahun lepas.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, malah Muhammad yang merupakan bekas ketua Umno Hulu Selangor sejak 1982 hingga 1998, juga dilaporkan tidak memberikan kerjasama semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

"Janganlah hanya dengan sedikit kekecewaan kita bertindak keterlaluan sehingga sikap yang ditunjukkan lebih buruk daripada mereka yang tidak berjawatan tetapi tetap komited dalam perjuangan," katanya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.