Rugi: PAC tegur SPNB
KUALA LUMPUR 15 Julai - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegur Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) kerana banyak mengambil tindakan yang bukan sahaja merugikan syarikat itu malah turut menjejaskan infrastruktur pengangkutan awam negara.
Laporan siasatan mengenai syarikat milik penuh kerajaan itu diedarkan di Parlimen hari ini.
Ia dibuat ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang antara lain menegur prosedur pelupusan aset oleh SPNB termasuk rancangannya melupuskan 1,139 badan bas yang kini tersadai di depoh bas di Serendah dan Sungai Buaya.
Laporan Ketua Audit Negara itu menyebut, 459 (40.3 peratus) daripada 1,139 bas yang dijadual untuk dilupuskan masih boleh diperbaiki, sama ada perlu pembaikan bahagian enjin, bahagian badan atau aksesori bas.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid menggariskan lapan pandangan dan syor yang perlu diambil kira oleh kerajaan dan syarikat berkenaan untuk tindakan lanjut.
kepada Najib, janganlah guna alasan naikkan harga minyak untuk jana pembangunan lain..ini alsasan yang lapuk..rakyat dah boleh berfikir mana tipu, mana yang benar.
by : hisyamuddin ali
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.