Followers

Saturday, July 17, 2010

Mana dia menteri yang kutuk Idris Jala tuh, mana dia Berahim Ali? Mai sini biaq kami ludah muka tuh...


Yeahh... Idris Jala betoi



Barang naik: Benar dakwaan Idris Jala


Mohd Sabri Said

Tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikan harga minyak dan gula mulai semalam mengesahkan kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala bahawa negara boleh 'bankap' pada tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak bertindak cepat memotong subsidi beberapa barangan keperluan rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau PInang, Rosidi Husein berkata langkah drastik itu terpaksa dibuat kerajaan Umno BN demi menyelamatkan keadaan ekonomi negara yang kian mengucup walaupun ada menteri masih mempertahankan ekonomi negara berkembang ke tahap yang menyakinkan.

"Apa yang diperkatakan oleh Idris Jala betul dan tidak boleh dinafikan. Untuk mengelak daripada berlaku kejadian yang buruk itu kerajaan terpaksa melakukanya mulai sekarang bukan menanti saat mencemaskan," ujarnya ketika diminta mengulas kenaikan barangan terpenting itu.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak juga kelihatan tidak berani memberi ruang kepada Ahli Parlimen untuk berbahas mengenai isu kenaikan harga minyak dan barangan lain sebaliknya mengistiharkan kenaikan selepas sahaja persidangan Parlimen selesai.

Sikap itu membuktikan apa saja yang kerajaan buat akhirnya untuk menyelamatkan kroni tanpa mengambil tahu kemarahan rakyat di peringkat akar umbi.

"Rakyat harus memikirkan kenaikan tersebut kerana kenaikan harga minyak pasti membuatkan harga keseluruhan barangan keperluan seharian termasuk harga makanan akan meningkat, " jelasnya.

Lazimnya menteri akan bercakap kenaikan harga minyak masih rendah berbanding harga di negara membangun lain termasuk Asean.

Manakala setiap kali ura-ura kenaikan berlaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Ismail Sabri Yaacob akan memberi jaminan kepada rakyat kenaikan tidak akan berlaku tetapi bila jadi kenyataan beliau sendiri lepas tangan dengan kenyataan lain pula.

Semalam kerajaan mengistiharkan kenaikan harga gula kepada 25 sen sekilogram, petro RON95 dan Diesel naik 5 sen dan gas LPG sepuluh sen sekilogram.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.