Followers

Friday, July 16, 2010

Mamak Pangkor ni tak sudah2 menggunakan idea dari India,

Pele Pangkor vz manusia2 tikus, banyak rahsia terburai

KOMEN: Mamak Pangkor ni tak sudah2 menggunakan idea dari India, pernah dengar cerita 'kuil tikus'. Banyak lagi perihal menarik berkaitan tikus seperti racun tikus, kencing tikus bla bla bla...


Saya tak gentar hadapi ‘manusia tikus’ – Zambry

LUMUT 11 Julai – Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir semalam menegaskan, beliau tidak gentar berhadapan dengan ‘manusia-manusia tikus’ yang sering menjadikan ‘ugutan’ sebagai senjata agar beliau mengikut apa sahaja kehendak atau kemahuan peribadi mereka.

Menurut Menteri Besar Perak itu, beliau tiada masa untuk melayan kerenah-kerenah tersebut kerana apa yang lebih penting sekarang adalah membuktikan janji-janjinya mengutamakan kepentingan rakyat.

”Jangan jadikan masa ini sebagai ugutan untuk menekan saya sebagai Menteri Besar, kalau tak bagi (apa yang diminta, mereka) tak akan sokong saya. Kalau ini caranya untuk ugut saya, dipersilakan.

”Saya tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan ‘manusia-manusia tikus’ seperti ini,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Sri Manjung di sini semalam.

Tegas Zambry, UMNO tidak memerlukan golongan seumpama itu kerana mereka hanya akan merosak dan memudaratkan masa depan parti sahaja.

Beliau berkata, seharusnya semua pihak bekerja keras untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat yang hilang pada pilihan raya umum lalu walaupun sokongan kini semakin meningkat.

Dalam ucapannya, Menteri Besar turut menegur segelintir pemimpin yang gemar menunjuk-nunjuk kemewahan kerana beranggapan ia langsung tidak menghormati sensitiviti rakyat yang masih ‘marah’ pada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

”Ada pemimpin tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu, mereka masuk kampung masih lagi dengan Mercedes 350.

”Bukan saya kata orang UMNO, BN tak boleh buat rumah besar, pakai kereta besar, walaupun ada duit, tetapi kena tahu jaga sensitiviti politik, jaga hati orang kampung,” katanya.

Ini kerana jelas Zambry, sebagai parti akar umbi iaitu yang bermula di peringkat bawah, pemimpin UMNO perlu sentiasa dekat dengan rakyat.

Beliau juga menasihatkan penyokong parti terutama golongan muda yang ingin membantu menjayakan program pemimpin tertentu agar tidak memakai pakaian menjolok mata bagi menggelakkan persepsi negatif rakyat.

Zambry berkata, beliau amat berharap semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ketua cawangan UMNO dan pengerusi masjid di negeri ini dapat menjalankan tugas dengan baik.

”Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa merendah diri sifatnya. Kita perlu bersatu kerana tanggungjawab kita besar.

”Kita perlu terima hakikat bahawa kerajaan negeri Perak ini adalah kerajaan yang ditakdirkan. Oleh itu jangan kita lupa diri,” katanya.

http://iwandahnial.files.wordpress.com/2009/01/tikus-161.jpg?w=480&h=360

Dipetik dari Utusan Malaysia

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.