Followers

Thursday, July 8, 2010

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tetapkan Pada 8 Disember 2010 Untuk Bicara Kes Saman Fitnah Anwar Ibrahim Terhadap Si Khairy Jamaluddin !

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu hari ini selepas bertemu peguam Anwar, S. Prakash, dan Badrul Munir Bukhari, yang mewakili Khairy dalam kamarnya ketika kes itu disebut untuk pengurusan. Anwar, 63, mengemukakan saman tersebut pada 7 September 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, telah memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak pada Ogos 2007, dan kenyataan berunsur fitnah itu telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik negara ini pada 3 Ogos 2007.

Katanya, kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai ahli politik yang tidak boleh dipercayai orang Melayu, tidak menitikberatkan perjuangan dan hak mereka, serta boleh mengkhianati bangsa itu semata-mata untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini. Anwar mendakwa Khairy juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah seorang ejen Amerika Syarikat dan Yahudi yang bertujuan menghancurkan karier politiknya, selain berniat jahat ketika membuat kenyataan bohong, tidak berasas dan tidak benar itu.


[Khairy sebenarnya adalah anak didik Anwar yang perlu menghormati pemimpin terbabit. Malah Khairy juga pernah menggemparkan negara apabila hadir ke rumah Anwar untuk menguruskan hal imigresen selepas Anwar dibebaskan dari penjara dulu. Beliau sebenarnya amat sebati dengan Anwar, makanya tindakan menfitnah mantan TPM itu jelas sekali satu sikap kurang ajar terhadap tok gurunya sendiri. Kini Khairy tidak punyai apa-apa lagi selepas Pak Lah mengundur diri.

Jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO pun hanyalah sekadar "badut" yang telah diprogramkan, sedangkan majoriti ahli menganggap Mukhriz adalah ketua mereka. Riwayat politik Khairy bakal berakhir bila terdapat khabar angin dia tidak akan menjadi calon lagi di Parlimen Rembau dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Kasihan Si Khairy @ KJ!].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.