Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 20 Julai ini untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.
Eksklusif: Najib Razak Semakin Terdesak Hadapi Pilihanraya, Bongkar Kebenaran Dianggap Fitnah Tetapi Menfitnah Pula Dikatakan Satu Kebenaran
Bagai sudah dijangka, nampaknya perhitungan politik antara PM Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi sekarang ini.
Episod hentam -menghentam dan dedah-mendedah kini mula digunakan bagi melihat siapakah yang berada dipihak yang benar. Senario ini jelas sekali menggambarkan kepada kita yang bahang Pilihanraya Umum ke-13 sememangnya semakin terasa. Apakah ini petanda ianya sudah terlalu hampir untuk tiba?. Najib perlu membuktikan bahawa rakyat memang sudah kembali menaruh kepercayaan kepada UMNO BN selepas beliau mengambil alih jawatan PM daripada Pak Lah.
Namun, beliau harus ingat yang mandat yang ada sekarang ini adalah ketika zaman Pak Lah dan bukan hasil usaha beliau sendiri. Lantaran itulah Najib perlu membuktikan kepada dunia bahawa beliau kini memang sudah popular, bukan sekadar statistik seperti yang didedahkan oleh "puak-puak pengampu UMNO" itu sendiri. Bagi membuktikan siapakah yang kuat sekarang ini maka episod "bongkar membongkar" sudah digunakan.
Usaha membongkarkan keterlibatan Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantunya, Skandal Kapal Selam, Kes Liwat II, Felda Bangkrap dan sebagainya kini mula mendapat perhatian rakyat. Malah, kini Najib nampak kian tertekan untuk berhadapan dengan asakan bertubi-tubi berkenaan isu Altantunya. Raja Petra dan P.Balasubramaniam yang diburu, kini bebas membongkar apa sahaja dari luar negara. Inilah yang menakutkan beliau sebenarnya.
Lantaran itulah, bagi mempertahankan "kebenaran yang kabur" itu, maka kini Najib dan kerajaannya menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkan imej pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim itu sendiri. Akhirnya mereka kini terpaksa membuat fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu, sedangkan dalam masa yang lain mahu rakyat percaya bahawa segala pendedahan yang dibuat terhadapnya adalah fitnah semata-mata.
Inilah yang mengelirukan rakyat sebenarnya. Mereka fitnah tidak mengapa, tetapi bila ada isu-isu panas dibongkar terhadapnya maka dianggap ianya sebagai fitnah. Untung benarlah jadi kerajaan jika inilah caranya untuk menutup segala penyelwengan yang berlaku. Sedangkan rakyat itu sendiri tahu dan yakin siapakah yang berada dipihak yang benar atau salah.
Membongkar Kebenaran Adalah Satu Kesalahan
jika pihak pembangkang membuat apa-apa tuduhan terhadap mana-mana pemimpin UMNO BN maka sudah pasti mereka akan melenting dan melakukan berbagai tindakan. Begitu juga jika ada yang mengeluarkan kenyataan atau isu sensitif yang tidak digemari mereka, sudah pasti dianggap fitnah dan akan berhadapan dengan saman serta lain-lainnya. Inilah dia bukti betapa "gusarnya" puak-puak UMNO BN berhadapan dengan rakyat. Mereka mahu rakyat hanya mendapat maklumat sebelah pihak daripada media arus perdana yang dikawal oleh mereka.
Mana-mana media alternatif yang cuba membongkar apa jua isu yang sememangnya menjadi realiti, maka mereka akan menakut-nakutkan pihak terbabit dan menggunakan berbagai akta yang ada demi menghalang rakyat mendapat maklumat tersebut. Akhirnya mereka menggunakan senjata itu sebagai jalan terakhir untuk menghalang rakyat.
Inilah yang berlaku kepada akhbar Suara Keadilan baru-baru ini. Akibat pendedahan tentang isu "Felda Bangkrap" akhirnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tidak menyambung permit mereka. Namun begitu kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Suara Keadilan kerana berjaya menerbitkan juga edisi baru mereka biarpun dihalang oleh pihak-pihak yang berkenaan. Edisi terbaru yang bertajuk "Ada Niat Jahat" kini sudah pun berada dipasaran.
Soalnya sekarang, kenapa puak-puak UMNO begitu takut dengan terbongkarnya maklumat-maklumat sulit yang memang menjadi masalah bagi mereka. Umpamanya isu Felda itu sendiri sebenarnya segala maklumat yang didedahkan itu adalah diperoleh daripada sumber dalaman agensi itu sendiri.
Mungkin terdapat beberapa pihak yang tidak sanggup lagi melihat team Najib-Yusof Nor-Md Bakke terus merompak duit Felda itu, maka akhirnya mereka membuat pendedahan berani yang cukup panas. Inilah yang menyebabkan pihak itu melenting dan akhirnya cuba untuk "tegakkan benang yang basah".

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.