KDN dah melampaui kuasa mereka. Mereka memang bermain politik dalam isu ini. Ini adalah kegilaan Najib yang ingin menyekat kebebasan bersuara di negara ini. Apa KDN ingat mereka hakim yang sesuka hati boleh buat keputusan untuk gantung atau tak beri lesen. Biarlah mahkamah tentukan sama ada Suara Keadilan keluarkan fitnah atau tidak.
Kenapa dulu tak gantung Berita Harian yang terbukti bersalah menfitnah Mahfuz Omar. Kenapa tak gantung je penerbitan Utusan yang terkenal dengan hasutan dan fitnah hinggakan ramai individu menyaman akhbar milik umno itu. Dan kenapa Suara Perkose diberi layanan istimewa sedangkan mereka jelas timbulkan isu perkauman. Ini semua politik. Jangan layan orang gila si menteri KDN ini. Biar rakyat ajar mereka, bahawa semua orang sama di sisi undang-undang. Jangan kerana UMNO dan ampu bos, KDN buat-buat tutup mata sahaja jika ada akhbar UMNO yang salahguna lesen. Ini semuanya tak adil. Zaman Jepun bolehlah nak buat..
KDN beri amaran jika ingkar arahan henti keluarkan Suara Keadilan
PUTRAJAYA: Penerbit akhbar Suara Keadilan akan dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (APMC) 1984 jika masih menerbitkan akhbar itu minggu ini walaupun mengetahui permitnya tamat pada Rabu lalu.
Setiausaha Bahagian Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaitun Ab Samad, berkata penerbitan akhbar tanpa permit adalah kesalahan serius mengikut akta berkenaan.
"Kita akan tunggu dan lihat kerana keputusan KDN tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan adalah jelas.
"Jika mereka masih berdegil, kita boleh ambil tindakan mengikut APMC 1984 kerana menerbitkan penerbitan berkala tanpa permit sah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa akhbar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus diterbitkan minggu ini walaupun permitnya tamat 30 Jun lalu tidak diperbaharui KDN atas alasan tertentu.
Pengarah Strategi PKR, Tian Chua, berkata keputusan itu diambil berikutan kegagalan KDN mengemukakan keputusan kukuh berhubung status memperbaharui permit akhbar itu.
Beliau berkata, kementerian itu juga tidak menyatakan permit penerbitan Suara Keadilan ditamatkan.
"Ia (Suara Keadilan) hanya tamat tempoh, tidak bermakna permitnya ditarik balik jadi berdasarkan pemahaman kami ia akan terus diterbitkan seperti biasa minggu ini," katanya di lobi Parlimen, semalam.
Sebelum ini, KDN memberitahu, permit penerbitan Suara Keadilan tidak akan diperbaharui sehingga kementerian menerima penjelasan memuaskan berhubung penyiaran beberapa artikel termasuk terbaru bertajuk ‘FELDA Bankrap’
Dalam perkembangan lain, Zaitun berkata, KDN mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi mengkaji tindakan akan diambil terhadap Suara Perkasa yang menerbitkan artikel muka depan edisi sulungnya bertajuk ‘Tahan Ka Siong Bawah Isa’.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata, tindakan tegas termasuk menggantung penerbitan Suara Perkasa jika penjelasan diberi berhubung artikel itu didapati tidak memuaskan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.