Kah..kah..hakim pun kena pukul. Nasib baik si Tun Fairuz yang dicatur lingam tak kena pukul, kalau tak dah bersepai gigi tak boleh menipu..
Peniaga tumbuk hakim didenda RM2,000
BUTTERWORTH 9 Julai - Seorang ahli perniagaan hari ini didenda RM2,000 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan seorang hakim pada April lalu.
Jamaluddin Ahmad, 36, yang juga suami kepada seorang bekas hakim Mahkamah Sesyen di sini mengaku dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Amernudin Ahmad, 52, di lobi Kompleks Mahkamah Butterworth pada pukul 5.20 petang, 22 April lalu.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muna Mohammad Jaafar di hadapan Majistret Badrul Munir Mohd. Hamdy. Tertuduh diwakili peguam bela, Rafidi Mohamad.
Memetik laporan akhbar sebelum ini, Amernudin yang merupakan hakim Mahkamah Sesyen di sini pengsan selepas ditumbuk di muka oleh Jamaluddin.
Ia berpunca daripada salah faham berhubung arahan Amernudin kepada seorang jurubahasa kepada isterinya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.