Followers

Thursday, July 15, 2010

Bila Hisham puji Harakah ?


Bang Musa, cuba hang tengok kelaku depa tau bila aku bebuat puji budak budak Harakah tu... tengok sudah laa... hihi...

Salam semua...

Kita tak tau hati budi orang, kadang kadang orang puji dengan ikhlas. Kadang kadang tu pulak orang puji kita tu pasai nak katok kawan kita.

Mak Long hang cukup marah kalau Pak Long puji anak ni tapi terlupa nak puji anak yang sorang lagi. Puji depan depan ni baguih, tapi bila yang sorang lagi dengaq, puji yang elok pun boleh jadi tak elok. Bila hang kata anak yang ni perangai elok, anak yang sorang lagi tak tentu pasai pulak terasa dia tu kelaku hodoh. Memang susah jaga anak anak ramai nih...

Macam tu la jugak bila menteri senyum si Hishamuddin tu tetiba puji Harakah pasai bagi baguih punya kerjasama kat KDN. Tak tau la apa orang lain pikiaq, tapi Pak Long rasa macam dia dok kenen dan luku kepala kawan kita si Suara Keadilan tuh. Mungkin Harakah tu memang baguih sungguh tapi dia saja bangkitkan isu kerjasama ni nak bagi kita tengok serong kat Keadilan.


Tapi budak Hisham tu tak boleh la dok tak puaih hati kat Pak Long pulak. Pak Long cuma berhati hati saja bila baca berita. Memang hangpa pun boleh dok sokong kata baguih sangat pun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.