MELAKA - Baru sebulan bergelar suami, seorang lelaki bakal meringkuk di dalam penjara selama tujuh tahun jika rayuan terhadap kes merogol remaja bawah umur tiga tahun lalu ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini.
Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Kamal Jamaludin menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Mohd. Fadzil Hamid, 25, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asri Abd. Rahman.
Selepas meneliti dan mendengar keterangan kes, saya melihat terdapat perbezaan antara rogol dalam erti kata sebenar dengan rogol disebabkan mangsa bawah umur kata Hakim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merogol remaja perempuan yang berusia 15 tahun ketika itu di sebuah rumah di Padang Temu, di sini pada 14 Ogos 2007, pukul 4.30 petang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.