Selama ini kita dok ingat takpelah undi UBN kerana cari makan. Daruratlah... lebih-lebih lagi kakitangan kerajaan yang begitu takut kena pindahlah, itulah, inilah kalau undi Pakatan Rakyat sebab mereka dok percaya pihak kerajaan BN akan dapat trace jika mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya.
Selain daripada kakitangan kerajaan, para kontraktor lagilah takut sebab bimbang kompeni mereka kena 'blacklist' jika didapati sokong Pakatan. Dan lebih menjelekkan bila mana para petani, pekebun, peneroka dan yang berkerja sendiri pun turut takut tak memasal. Macam-macam alasan jahil yang mereka utarakan termasuk takut tak dapat bantuan bajalah, anak tak dapat masuk universiti dan tak dapat biasiswalah, anak tak dapat kerjalah dan pelbagai lagi jenis bayangan 'ketakutan' dan penyakit was-was akibat bisikan jin dan syaitan dalam jiwa mereka.
Semuanya ini berpunca kerana sudah hilang keyakinan terhadap janji Allah. Mereka ini lebih yakin dengan 'ugutan kosong' para pimpinan UMNO daripada janji Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Mereka lupa bahawa perbendaharaan langit dan bumi adalah milik mutlak Allah SWT. Mereka juga lupa segala keperluan dan kesenangan hidup yang dinikmati selama ini adalah semata-mata kurniaan Ilahi.
Apa yang berlaku ke atas majoriti umat Islam di dunia hari ini samalah seperti sikap dan tindak-tanduk orang Mekah yang dah memeluk Islam tetapi enggan menyertai hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah. Antara alasan yang mereka berikan antaranya ;
1- Malu alah dengan pimpinan musyrikin Mekah (Abu Jahal, Abu Lahab) ketika itu yang telah banyak memberi bantuan kepada mereka seperti modal untuk berniaga, beri projek dan sebagainya.
2- Sayang mahu meninggalkan perniagaan yang sudah semakin maju.
3- Bimbang jika tak boleh cari makan di Madinah
... dan pelbagai macam alasan yang diberikan.
Apakah jawapan Allah kepada golongan sebegini?
Dalam Surah An-Nisa'(4) : ayat 97-98
Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi:
Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah).
Kita semua sudah sedia maklum bahawa UMNO adalah sebuah parti berfahaman sekular yang jelas sesat. Bukan setakat itu saja malahan sudah terbukti UMNO juga memang benci dan memusuhi Islam. Penyelewengan dan rasuah dalam UMNO sudah menjadi rukun parti itu. Membohongi dan menindas orang Melayu secara terancang dan pelbagai lagi kekejian yang dilakukannya sepanjang 52 tahun memerintah.
Bila mana majoriti umat Islam masih lagi dok memberi undi kepada BN yang diketuai UMNO, maka tindakan menyokong itu samalah ertinya kita terus redha dengan segala dasar dan tindakan mereka selama ini.
Memang saya tidak akan berhenti untuk menyeru seluruh rakyat khususnya umat Islam agar segera meninggalkan UBN demi kebaikan hidup di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak.
Kita semua akan mati. Dan saya juga percaya tiada sorang pun dari kalangan kita yang mahu masuk Neraka. Hatta golongan kafir sekalipun.
Adalah amat malang bagi kita yang telah dikurniakan oleh Allah dengan nikmat Islam tetapi penghujungnya kita terpaksa mendiami Neraka hanya disebabkan alasan cari makan. Sudah pasti kita akan tercengang-cengang di padang Mahsyar kelak bila mana Allah membuat keputusan yang kita ni ahli Neraka walhal solat, puasa, zakat, haji dan pelbagai amalan lain telah kita sempurnakan sewaktu di dunia.
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Masih ada masa untuk kita melakukan hijrah daripada kegelapan kejahilan (kekufuran) kepada cahaya kebenaran (Islam).
Buktikan 'hijrah' itu dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.
Jazakallah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.