Followers

Thursday, July 15, 2010

Al-Kisah: 3 Anak Ibrahim




Anwar Ibrahim
Selepas satu, satu cerita keluar tentang Anwar Ibrahim. Nampaknya Anwar adalah sosok yang paling cekap melakukan kerja perisikan. Cuba namakan, agen apa yang Anwar Ibrahim tak pernah jadi. Agen Cina, Mossad, CIA adalah antara label-label yang pernah diberikan kepada Anwar.
Kadang kadang kita juga naik hairan bila masanya Anwar ni buat semua kerja. Ketua kampung yang nak jaga satu kampung pun tak cukup tangan nak buat kerja seorang diri, inikan pula nak jadi Agen bangsa asing! Dengan tulang belakang tak berapa nak elok, nak pergi ceramah sana-sini, tapi dengan bermodalkan tulisan blog picisan yang dikatakan terkenal oleh Pak Pandir yang baru mengenali internet telah cukup untuk dijadikan modal menghentam Anwar siang dan malam kiri dan kanan.
Mungkin inilah nasihat yang diberikan oleh APCO untuk menjalankan propaganda terancang membunuh karier politik Anwar Ibrahim. Kita tak hairan apa yang APCO mampu buat, tapi kita naik hairan kenapa masih ada yang bangang untuk mempercayai cerita-cerita seperti itu.


Zaid Ibrahim
Zaid diburu kerana beliau ingin membelanja Raja Petra makan ABC di kota London. Punya kalut 1Malaysia dibuat disebabkan semangkuk ABC. Tak cukup dibelasah ketika Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, nampaknya dendam kesumat kepada bekas Menteri Undang-Undang ini tak sampai disitu sahaja. Kini beliau diburu bagaikan penjenayah utama. Sedangkan penjenyah didepan mata merompak seperti biasa di siang hari tidak diambil tindakan.
Tetapi Zaid tetap dengan pendiriannya untuk terus menentang kezaliman. Beliau tidak menghiraukan ancaman yang ditujukan kepada dirinya. Walaupun mengakui mempunyai peluru-peluru yang mampu membenamkan sebahagian pemimpin UMNO yang dipalit dengan isu-isu rasuah, namun beliau tidak memilih jalan kotor untuk menjatuhkan lawannya. Ikon terbaru politik tanah air ini nampaknya semakin diterima ramai dan bakal ditabalkan sebagai pahlawan yang akan menawan Putrajaya kelak.
Khalid Ibrahim
Seorang ahli korperat yang sangat berjaya dalam kelasnya, menerajui kepimpinan Selangor selepas PRU12 nampaknya tidak sunyi dari kritikan. Dari isu lembu sampai ke isu pasir. Dari hari ke hari Kerajaan Selangor yang satu masa dahulu dilihat sebagai negeri contoh kini digambarkan oleh media seperti negeri penyangak yang penuh dengan masalah.
Khalid seperti biasa tabah menghadapi kecaman-kecaman pembangkang yang kelihatan tidak bermaya di Selangor sehinggakan Kerajaan Pusat terpaksa mengambil alih peranan membantai Kerajaan Pakatan Selangor. Ramai yang berpendapat, rahsia-rahsia lama Kerajaan terdahulu disimpan rapi oleh Menteri Besar yang baru ini. Cuma menunggu masa untuk dilepaskan ke muka-muka biadab yang sering mengganggu Kerajaan Negeri. Kini telah terbukti, walaupun Kerajaan Negeri setuju bekerjesama untuk membanteras isu pasir, Kerajaan Pusat menolak mentah-mentah bukti yang diberikan dengan alasan bodoh kononnya bermotifkan politik.
Yang Ini Bukan Anak Ibrahim, Ni Brahim Ali
Seperti biasa PERKASAM hanya terpekik bila berjumpa sesama Melayu. Dengan bangsa lain kelu seribu bahasa. Bab bergaduh no1, kerja belum tau, tapi memang banyak merapu. Songkok lebih tinggi dari otak, sebab tu tak berapa nak cerdik. Isu enjin jet dicuri, kapal selam, petroleum, tanah tergadai tak pernah pula keluar taring, mungkin semua telah disudu oleh towkey towkey judi.

Nampak garang di depan tapi di belakang I HELP U, U HELP ME.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.