Followers

Thursday, July 22, 2010

22 Julai 2010 PEMBANGKANG YANG TAK RETI JADI PEMBANGKANG KERANA PASIR, UMNO SELANGOR BERPECAH...? Persaingan di kalangan pemimpin Umno Selangor da



KERANA PASIR, UMNO SELANGOR BERPECAH...?

Persaingan di kalangan pemimpin Umno Selangor dalam mengutarakan isu pasir kini dilihat semakin ketara, terutama di antara kem penyokong Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Noh Omar.

Kedua-dua pihak dilihat saling ke hadapan dalam mengutarakan isu kecurian pasir yang kian membelenggu pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat, namun usaha ini berlangsung secara berasingan dan tidak secara bersepadu.

Pada 11 Julai lalu, Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor, bertindak membawa media ke kawasan melombong pasir di kawasan Kampung Bukit Changgang di daerah Dengkil.

Kemudiannya, pada 14 Julai pula, Noh pula memberi kenyataan kepada media selepas meninjau aktiviti pengeluaran pasir, dengan menaiki helikopter di sekitar Dengkil, Kuala Langat dan Batang Berjuntai.

Khir, pada malam semalam pula bertindak membawa beberapa orang penulis blog untuk meninjau satu kawasan perlombongan pasir di Kuala Selangor sehingga jam 1 pagi.

Kalangan penulis blog pro-Umno ini dikatakan tidak begitu menyukai Noh - yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Selangor - yang pernah mencemuh golongan blogger sebagai kumpulan "musang berbulu ayam."(malaysiaknini)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.