"Kadar tol semasa adalah RM7 bagi kelas yang sama ini menunjukkan kenaikan ketara dan persoalannya adakah disebabkan jumlah pelaburan RM4.5 billion maka kerajaan Umno-BN akan melanjutkan konsesi dan menaikkan kadar untuk menampung kos jambatan kedua.
"Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang tetapi juga penduduk di kawasan sekitarnya. Kerajaan perlu bertolak ansur dalam soal ini agar kadar tersebut tidak membebankan rakyat apatah lagi dengan isu subsidi yang akan ditarik balik.
"Nampak gayanya, jambatan pertama dan kedua akan dikenakan kadar tol yang mahal dari sekarang"
Dalam satu jawapan lisan yang lain, Chin Tong meminta penjelasan berhubung tahap kerja yang telah disiapkan dan mengapa terdapat peningkatan kos pembinaan sebanyak RM4.5 billion daripada kos asal iaitu RM4.3 billion pada tahun 2008 .
Namun katanya jawapan Menteri Kewangan itu mengelirukan yan menjelaskan bahawa jumlah kos pembinaan tidak meningkat dan kekal pada kos asal iaitu RM4.5 bilion yang dijangka dapat disiapkan menjelang September 2013.
Tambahnya Chin Tong, tujuan pembinaan jambatan kedua ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di samping bagi tujuan merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan tetapi nampaknya tujuan tersebut telah lari daripada matlamat asal.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.