Diambil dari ureka.asia tulisan Mat Saman Kati
Salah strategi. Itu saja yang boleh aku katakan bila PKR Perak membuat sidang akhbar mengumumkan ada tiga ADUN Umno akan menyeberang masuk ke Pakatan.
Dari mula lagi, aku tak harap ada ADUN Umno yang akan menyeberang. Bukan senang nak duduk sebagai pembangkang di Perak. tambahan dari ADUN BN yang sudah biasa dengan kemewahan.
Ketika Ustaz Zul membuat sidang akhbar di Ipoh mengumumkan ada 3 ADUN BN yang nak masuk, aku berada di Tualang Sekah, kenduri kahwin anak sedara aku. (Handphone aku pun kena kebas). Arwah abang ipar aku dulu Ketua Kampong Kota, Tualang sekah. Orang kuat Umno. Dan dalam kenduri kahwin ini, yang ramai datang adalah orang Umno.
Semasa bersembang dengan tetamu, sudah ada bisik-bisik tentang ADUN Malim Nawar yang akan melompat menjadi Bebas. Alasannya adalah kerana mereka dianggap minoriti dalam DAP. Well…dah banyak kali aku dengar alasan ini, sejak mula-mula Pakatan memerintah Perak dulu.
Semalam, Umno Perak mengadakan mesyuarat tergempar di Hotel Impiana (Casuarina) dan semua masalah ADUN-ADUN yang aku sebut dalam posting yang lalu telah diselesaikan.
Untuk menangkis kembali serangan psy-war yang dibuat oleh PKR, Umno Perak telah meningkatkan tawaran kepada 3 ADUN Pakatan untukmelompat menjadi ADUN Bebas. Hari ini, seorang sudah melompat dan dua lagi sedang menunggu masa.
Siapa mereka?
Sorang dari DAP dan seorang lagi dari PKR. Bukan Melayu dan bukan Cina. Siapa mereka..seorang dari Ipoh dan seorang lagi dari Hilir Perak. Aku tak mau sebut siapa mereka…tapi kalau PKR dan DAP tak mau jaga ADUN depa, tunggu saja masa mereka mengumumkannya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.