Followers

Tuesday, June 29, 2010

PEGUAM BRITAIN KATA SPRM DAN MALAYSIA MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG HUTAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Pegawai SPRM Mungkin Ditangkap Di London...




"If MACC wants to conduct an illegal operation in London then we shall have to bring this matter to the attention of the British police and get the MACC officers arrested and charged, the British lawyers said.

This is Britain and not Malaysia, which practices the law of the jungle, added the lawyers. The MACC officers can’t disregard the law and push it’s weight around in Britain like they do in Malaysia. They will find themselves in trouble with the law if they try that.." - Raja Petra Kamarudin

SPRM dijangka akan merekodkan kenyataan Penyiasat Peribadi P Balasubramaniam pada Isnin 5hb dan Selasa 6hb Julai 2010. Bertempat di Holiday Villa, London. Menurut Berita Harian dan The Star, ianya telah disahkan dan Bala bersama tiga orang peguamnya dijadualkan berada di London sepanjang tempoh itu.

Terkini, bagaimanapun, SPRM telah menulis kepada peguam-peguam Bala memberitahu mereka tidak akan dibenarkan hadir ketika kenyataan Bala direkodkan. Peguam-peguamnya berkeras bahawa mereka tetap akan hadir dan tidak akan menyerah berkenaan isu ini. SPRM juga tidak mengalah dengan mengugut yang keseluruhan sesi itu akan digugurkan.

Mungkin ini yang mereka mahu. Mereka bukannya benar-benar hendak mengambil kenyataan Bala kerana risau tentang apa yang akan dia perkatakan. Bala juga akan membawa bersama pelbagai dokumen-dokumen, termasuk bukti wang yang dia telah dibayar untuk mengubah Akuan Berkanunnya dan keluar bersama Kenyataan Bersumpah 2 untuk menarik balik apa yang dikatakannya dalam Akuan Bersumpah 1.

Saya telah bercakap bersama sekumpulan peguam-peguam British tentang perihal ini dan mereka merancang untuk turut berada di Holiday Villa pada pagi Isnin 5hb Julai untuk mencabar SPRM terhadap perkara undang-undang.

SPRM tidak boleh merujuk Akta Antirasuah Malaysia atau Akta Rahsia Rasmi dan menggunakan hukum-hukum ini di British, peguam-peguam British memberitahu saya. Di Britain, setiap orang, malah seorang saksi, mempunyai hak untuk diwakili secara sah. Ia melanggar undang-undang British sekiranya SPRM melarang peguam-peguam Bala daripada hadir ketika kenyataannya sedang dirakamkan.

Lagipun, Bala memberi kenyataannya sukarela. Tiada saman atau waran dikeluarkan terhadapnya. Bala tidak akan memberi sebarang kenyataannya jika dia tidak mahu dan tiada apa-apa yang SPRM boleh lakukan. “So why play hard ball?” kata peguam-peguam British.

Tambahan pula, Britain mempunyai Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act). Jadi SPRM tidak boleh menggunakan Akta Rahsia Rasmi Malaysia untuk mencabar Akta Kebebasan Maklumat Britain, tambah peguam-peguam British.

Jika SPRM hendak menjalankan satu operasi haram di London kami terpaksa membawa perkara ini untuk perhatian pihak polis British dan pegawai-pegawai SPRM akan ditahan dan didakwa, kata peguam-peguam British lagi.

Ini Britain dan bukannya Malaysia, yang mengamalkan undang-undang hutan, tambah peguam-peguam itu lagi. Pegawai-pegawai SPRM tidak boleh tidak mempedulikan undang-undang dan menolaknya di Britain seperti mana mereka buat di Malaysia. Mereka akan dapati diri mereka berhadapan dengan masalah undang-undang jika mereka cuba melakukannya.

Sekarang anda dapati di sana. Pegawai SPRM, PI Bala, dan tiga orang peguam Bala akan berada di London minggu depan. Tetapi selain daripada kenyataan Bala diambil adakah kita akan melihat pegawai-pegawai SPRM diheret ke penjara?

Saya rasa saya akan menanti di Holiday Villa pada hari Isnin depan dengan kamera saya untuk menyaksikan keseronokan ini. Dan saya pasti juga ramai pegawai-pegawai Special Branch dari Bukit Aman akan turut berada di sana dengan kamera-kamera untuk mengambil gambar saya juga. Untuk makluman, saya akan memakai topi Perancis, jeans Amerika, kemeja Polo, memegang sebuah kamera Jepun, dan dengan satu cerut Cuba di mulut saya.

Sekarang inilah yang dipanggil globalisasi.

Terjemahan artikel : MACC officers may face arrest in London

Note: Woi sprm korang igt kat malaysia ke.. hahaha.. korang ingat najib berkuasa kat sana ke? korang ingat walaupun britain tu negara kapir korang boleh rasuah2 dia org ke? wakakakakaka... Kat malaysia boleh laa.. teo beng hock pegi jumpa korang tiba2 jatuh dari bangunan.... hahahaha... lepas tu kata jer teo beng hock bunuh diri... hahaha.. jangan2 korang buat lawak sampai teo beng hock mati ketawa kot... hahahaha.. kat malaysia siapa yg berani nak marah korang ? siapa yg nak siasat korang? PDRM ke? hahahaha... malaysia memang negara lawak... negara lawak yang menggunakan undang2 rimba.. hahaha... negara lawak yang x boleh jual buku kartun lawak.. hahahahaa...

najib kata: "I HELP YOU.. YOU HELP ME"
sprm kata: "KITA AKAN SIASAT"
Malaysia kata: "LAWAKNYA... HAHAHAHAHAHA..."

Korang jawab la sendiri.. ha..ha..ha..ha...

1 comment:

  1. Malu nyeee...ada ke peguam Britain kata Malaysia amal undang-undang hutan....jadi maksud ayat itu pemimpinnya pun macam perangai orang utan...mmmmm.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.