Followers

Sunday, June 13, 2010

MELAYU BANGKIT DIBANGKITKAN LAGI

Posted by perakite

Himpunan 'Melayu Bangkit' yang dijadual dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu yang ditangguhkan pada 13 Mei lepas atas nasihat PM DS Najib Razak, nampaknya akan diteruskan kembali.


Maka benarlah ia ditangguhkan seketika bagi meredakan kemarahan orang ramai yang menentang penganjurannya, kerana Melayu Bangkit akan diadakan pada 14 Jun ini di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

Lihatlah kain rentang yang siap siaga dipasang.

Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu telah meminta perhimpunan itu ditangguhkan.

Pengerusi IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh pula kesal jika IIM Terengganu terbabit dengan himpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu. Ia ternyatalah benar-benar terbabit.

Apakah kali ini budak-budak sekolah turut diheret menghadiri program itu, yang dikensel pada saat-saat akhir. Mungkin Melayu bangkit tidak menyusahkan budak-budak sekolah itu.

Itulah kaedah bagi meramaikan hadirin.

Akhirnya Melayu Bangkit nampaknya tertangguh sebulan. Sebelum ini penganjur menerima desakan agar membatalkan bukan sahaja daripada PAS, tetapi juga komponen UBN iaitu MCA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.