Followers

Saturday, June 26, 2010

Mat Said Tukar Exco Pro Deris Jusoh..UMNO Marang Bantah Mat Said

Kah..kah Mat Said, hari ahad ni, rakyat Terengganu akan dapat cuti raikan kemenangan juarai Sukma yang tenggelam kemeriahannya dengan World Cup...dan hari semalam juga, rakyat Terengganu yang miskin dapat tengok sekali pergaduhan antara team mat said dan team deris jusoh..kali ini libatkan isu rombakan exco..berani betul mat said tukar Yahya Khatib dari exco kanan, Exco Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri kepada exco jaga wanita, iaitu exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri. Kah..kah mat said, berperang besarlah lagi umno terengganu.

Mana perginya si Naib Presiden orang johor, takkan tak perasan mat said sedang tunjuk gedebenya..kalau semua nak tahu, si Yahya Khatib ni lah yang lawan perintah mat said agar tak cabar ketua bahagian Marang..dan si Yahya Khatib inilah, yang tewaskan kroni mat said, Datuk Abdul Rahman Bakar dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Marang..dan yang paling penting, si Yahya Khatib inilah yang merupakan kroni 12 budak hitam pro Deris Jusoh, terutamanya timbalannya si Alias Abdullah yang sanggup kata Mat Said cap ayam..ini beritanya..

MB Terengganu rombak lima Exco

:KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, semalam, membuat rombakan secara mengejut terhadap portfolio melibatkan lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di negeri ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ahmad dalam satu kenyataannya memberitahu, rombakan yang berkuat kuasa 1 Julai depan bagaimanapun tidak membabitkan sebarang pengguguran Exco sedia ada.

Namun, tindakan tersebut dilihat sebagai amat memeranjatkan dalam kalangan ahli politik di negeri ini, menyebabkan ada Bahagian UMNO telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara tersebut.

Dalam rombakan itu, ia melibatkan pertukaran potfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri akan disandang Datuk Za’abar Mohd Adib mengambil alih jawatan yang sebelum ini daripada Yahya Khatib Mohamad.:

Tempat Datuk Za’abar iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri pula akan diambil alih Datuk Abdul Rahin Mohd Said yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri sementara Yahya Khatib akan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri.

Asha’ari Idris pula akan mengambil alih portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani yang disandang Rozi Mamat, manakala Rozi pula ditukarkan kepada portfolio Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri.

Surat arahan pertukaran kepada pengerusi-pengerusi portfolio baru itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Ahmad dalam kenyataan tersebut berkata, pertukaran portfolio itu mampu memberi pendedahan dan pengalaman baru serta proses ‘enrichment’ berterusan kepada barisan Exco kerajaan negeri selain memantapkan jentera eksekutif dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Saya percaya gandingan kesemua barisan Exco yang terbabit dengan penyusunan semula ini dan yang kekal dengan portfolio masing-masing dapat memainkan peranan lebih berkesan dalam usaha Kerajaan Negeri untuk ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’," katanya.

Sementara itu, Asha’ari dan Abdul Rahin ketika dihubungi mengakui tidak mengetahui pertukaran portfolio itu dan masih belum menerima sebarang surat makluman secara rasmi.

Menurut Asha’ari, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya ditukarkan kepada portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Saya belum tahu perkara ini dan tidak dimaklumkan secara rasmi serta tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Exco, Rabu lalu. Hari ini (semalam) saya menerima lebih 10 panggilan bertanyakan mengenai perkara ini dan 21 mesej yang masih belum dibuka berkemungkinan bertanyakan perkara sama.:

"Bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah kerana segala program telah dirancang dari awal, cuma bertukar :driver: sahaja. Saya melihat mungkin YB Setiu lebih sesuai dengan portfolio tersebut kerana kebanyakannya dari Setiu seperti Datuk Abdul Ghani Mohd Amin, Datuk Tengku Mahmud, Datuk Mohd Ghazali, Datuk Mohd Jidin Shafee, begitu juga pada zaman pemerintahan Pas, Exco pertanian dari Setiu," katanya.

Sementara itu, Jawatankuasa UMNO Bahagian Marang dipengerusikan Timbalannya, Alias Abdullah mengadakan mesyuarat tergempar berkaitan itu itusambil menyifatkan pertukaran itu sebagai perkara amat mendukacitakan.

Mesyuarat kira-kira sejam turut memutuskan tindakan Ahmad sebagai bukan sahaja menimbulkan kekecohan di peringkat pentadbiran negeri, malah jauh sekali daripada memperkasa parti yang memerintah.

2 comments:

  1. Sepatutnya bila sahaja Stadium Sultan Mizan runtuh dan kolam renang bocor, Ahmad Said mesti terus membuat pertukaran barisan exconya. Datuk Zaaba yang berpengalaman sebagai pegawai teknikal JKR sepatutnya diberi tugas memengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

    Penempatan Yahya Khatib sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri memang amat kena dengan beliau sebagai seorang yang berpendidikan dan kelulusan Agama. Beliau pasti mempunyai idea bagi menasihai MAIDAM agar menggunakan DANA zakat dengan lebih berkesan. Yang Dipertu dan CEO Maidam bukan dari lulusan Agama. YB Yahya dilihat berkemampuan menangani isu DANA Raya dan pelbagai Dana dikatakan pengendaiannya boleh merosakan kekuatan UMNO. Tidak kurang pentingnya, Marang merupakan daerah Miskin yang majoriti penduduknya pembangkang. Dengan kedudukan baru ini pasti Yahya mampu memimpin penduduk miskin Marang sentiasa bersama kerajaan UMNO.

    Soal penghinaan sama sekali tidak timbul, sebaliknya ini merupakan satu penghormatan kepada Marang yang menempatkan exconya kepada portfolio yang amat sinonim dengan Marang.

    ReplyDelete
  2. KUALA TERENGGANU, 26 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata rombakan portfolio lima Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini dibuat dengan restu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Ahmad berkata sebelum rombakan itu, beliau terlebih dahulu berbincang dengan Perdana Menteri mengenai cadangan pertukaran portfolio itu.

    "Sebelum tukar (portfolio) itu kita bincang dulu dengan Perdana Menteri. Rombakan itu hanya dikuatkuasakan setelah mendapat persetujuan Perdana Menteri.

    "Sebagai pemimpin nombor satu negara dan parti, persetujuan Perdana Menteri penting selain membuktikan rombakan Exco tersebut dilakukan dengan cara betul dan bukannya sembarangan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, selepas menyampaikan bantuan Yayasan Terengganu ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta peringkat ijazah di Stadium Tertutup pada hari Sabtu.

    Khamis lepas, Ahmad membuat rombakan secara mengejut terhadap portfolio melibatkan lima Exco negeri itu yang berkuatkuasa 1 Julai depan, namun ianya tidak membabitkan pengguguran Exco sedia ada.

    Mengulas lanjut, Ahmad berkata rombakan itu dibuat bertujuan untuk memantapkan lagi pentadbiran negeri dan bukan disebabkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi Exco terlibat.

    Beliau berkata setiap portfolio kini dipegang oleh orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang tugas masing-masing.

    "Datuk Za'abar Mohd Adib, contohnya, merupakan seorang jurutera, jadi pasal runtuhan ataupun pembinaan kita serahkan kepada beliau kerana kita orang biasa tidak tahu soal teknikal, beliau lebih arif mengenainya.

    "Begitu juga dalam bidang pertanian, kita lantik Asha'ari Idris jadi Exco pertanian kerana beliau banyak pengalaman dalam bidang berkenaan. Lagipun beliau pernah jadi Setiausaha Sulit Menteri Pertanian," katanya.

    Menteri Besar berkata surat arahan pertukaran portfolio kepada semua Exco yang terlibat telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.