Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin melahirkan rasa tidak senang dengan dakwaan yang mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik tempatan yang ternama dengan rangkaian Jemaah Islamiah (JI), sambil mempertahankan mereka sebagai “bukan pengganas”.
Sehubungan itu beliau meminta agar pihak berkuasa melihat isu ini dengan teliti terlebih dahulu sebelum membenarkan dakwaan-dakwaan sedemikian dikeluarkan.
“Kita tidak seharusnya dengan cepat melabel sesetengah individu sebagai anggota JI atau pengikut fahaman wahabi,” kata Ketua Pemuda Barisan Nasional ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau memberitahu, jika dakwaan sedemikian tidak diteliti secara mendalam ia akan membawa satu mesej yang salah kepada orang ramai.
Ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini, Khairy berkata, mereka yang dikaitkan dengan dakwaan terbaru ini bukan sembarangan orang tetapi pemimpin agama dan politik yang disegani.
“Saya berharap polis atau Kementerian Dalam Negeri akan meneliti perkara ini dan tanya diri mereka sendiri sama ada mereka faham apa itu fahaman wahabi dan pendirian sebenar setiap individu,” kata Khairy.
Beliau menambah, adalah tidak molek bagi agensi-agensi keselamatan kebangsaan untuk melabel pihak-pihak terbabit sebagai pengikut wahabi atau JI.
“Sudah pasti kami menghormati isu-isu keselamatan tetapi mereka ini bukan pengganas.
“Jika mereka merupakan mufti atau menteri besar, jangan memberitahu saya mereka secara tiba-tiba mereka menjadi ancaman kepada keselamatan kebangsaan. Ia sungguh tidak munasabah,” kata beliau.
Laporan media menyebut nama bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bekas mufti Perlis dan mufti semasa negeri itu dikaitkan dengan JI dan fahaman wahabi pada satu taklimat pihak berkuasa Isnin lalu.
Bagaimanapun dakwaan itu dipertikaikan oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Juanda Jaya sambil menegaskan, pendedahan wujudnya peranan JI sambil dikaitkan dengan tokoh-tokoh tokoh politik kemungkinan besar merupakan “mainan politik kotor kerajaan” untuk mengalih isu semasa.
“Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.
“Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu,” kata dua pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Asri merupakan bekas mufti Perlis dan tempatnya digantikan oleh Juanda.
Asri dan Juanda menambah, buktinya laporan media yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman Isnin lalu telah didakwa bahawa nama kedua-dua mereka bersama Hadi dan Shahidan serta ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
“Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah,” kata Asri dan Juanda.
Presiden Jamaah Islam MalaysiaAdakah Zahiman ada bukti mengatakan JIM mempunyai kaitan? Jika ada, buktikan kepada semua.
“Jangan sesuka hati lemparkan tuduhan-tuduhan yang liar seperti jika tiada bukti,” kata Zaid.
Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada pihak berkuasa daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung isu militan JI.
Beliau berkata perkara itu adalah sesuatu yang benar dan bukanlah perkara yang diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat seperti dakwaan sesetengah pihak.
Dalam ulasannya Khairy menjelaskan, sudah lama JI menjadi ancaman kepada negara tetapi pada masa yang sama melabel seseorang itu sebagai pengganas adalah salah.
“Saya tidak meragui bahawa adanya ancaman keselamatan yang dibawa oleh pertubuhan pelampau antarabangsa, tiada sebarang keraguan dalam soal ini.
“Ancaman pengganas wujud sejak 11 September dan selepas itu tetapi melabel orang adalah salah,” katanya.
Ketika ditanya sama ada bersetuju dengan dakwaan PAS bahawa kerajaan menggunakan ancaman pengganas dalam negara sebagai cara untuk mengalih tumpuan isu, Khairy berkata:
“Saya tidak bersetuju dengan PAS.”
“Saya tidak berfikir kita cuba untuk mencetuskan suasana ketakutan. Kita perlu memastikan sempadan kita selamat, agar negara kita selamat.
“Tetapi pada masa yang sama melabel seseorang itu (pengganas) tidak baik,” katanya lagi.
Khairy menambah, isu ini tidak harus dikaitkan dengan desas-desus bahawa Asri akan menyertai Umno Jumaat ini.
“Ia satu isu yang berasingan. Kita tidak tahu sama ada Asri akan menyertai Umno atau tidak. Ia hanya satu spekulasi,” katanya.
Dalam pada itu Harakah Daily melaporkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop tetap enggan mengeluarkan kenyataan rasmi di Dewan Rakyat walaupun beberapa Ahli Parlimen PAS mendesaknya supaya mendedahkan bukti-bukti emperikal berhubung kewujudan semula gerakan JI di tanah air.
“Saya berasa saya tak mahu respons persoalan-persoalan Pasir Puteh,” tegas beliau itu berkali-kali petang tadi.
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Hussain meminta kementeriannya yang didakwa mengaitkan Hadi dan Asri dengan JI pada taklimat tempoh hari.
“Apakah motif kerajaan dalam menyiarkan gambar-gambar Marang (Hadi) dan bekas mufti (Asri) dalam program Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini.
“Adakah kerana kedua-dua tokoh ini dilihat salah atau terbabit dengan gerakan JI sekarang atau mengamalkan ajaran sesat?” soal Muhammad.
Menjawab soalan tersebut, Abu Seman menyifatkan soalan-soalan beliau sebagai khabar angin semata-mata.
Lantas itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula bangkit mempertikai jawapan timbalan menteri itu.
“Saya rasa ini semua bukannya ‘khabar angin’, apa yang dijelaskan oleh Pasir Puteh itu adalah satu taklimat Polis Bukit Aman pada Kementerian Pengajian Tinggi,” tegas beliau.
“Yang dikaitkan adalah seorang bekas mufti, seorang mufti Perlis dan Marang (Hadi) sendiri, sebab itu Dewan yang mulia ini nak tahu mengapa gambar-gambar mereka ini dikaitkan dengan JI,” tambah beliau.
Malayssian Insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.