Apa sudah jadi agaknya?. Dalam sibuk-sibuk orang memperkatakan tentang kemungkinan besar Dr.Asri Zainul Abidin bekas Mufti Perlis dijangka menyertai UMNO Jumaat ini, tiba-tiba isu lain pula timbul hari ini. Bekas Mufti Perlis itu semalam dikaitkan dengan kumpulan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) yang sedang diburu oleh kerajaan.
Malah, tambah mengejutkan Mufti Perlis sekarang iaitu Dr.Juanda Jaya dan bekas Menteri Besar terdahulu Shahidan Kassim juga turut dilibatkan sama. Perkara ini dinyatakan dalam satu taklimat antara pihak JAKIM dengan pihak polis yang diadakan di sebuah hotel di Sepang Isnin lalu. Difahamkan, kenyataan tersebut telah dibuat oleh Penolong Pengarah Pusat Al-Quran Dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) iaitu Zamihan Mat Zin.
Malah, turut dikaitkan juga ialah Presiden PAS, Dato' Seri Abd Hadi Awang. Sama ada tuduhan tersebut berasas atau pun tidak, dijangkakan pihak kerajaan terutamanya polis akan mengambil tindakan drastik dalam masa terdekat ini. Kemungkinan besar kesemua mereka termasuk Asri akan diburu. Soalnya sekarang, kenapa ia dilakukan disaat Asri diwar-warkan akan menyertai UMNO?.
Apakah ini satu strategi baru untuk memerangkap beliau agar bersetuju bersama parti itu. Mungkin juga perisik UMNO mendapati yang Asri kemungkinan besar menolak pelawaan UMNO itu. Maka jalan terbaik ialah mengaitkan beliau dengan Jemaah Islam (JI) yang sedang diburu oleh pihak kerajaan selama ini. Tambah menarik, dalam isu Asri masuk UMNO itu sudah pastilah yang turut berperanan untuk melobi Asri ialah Shahidan Kassim (Ahli Majlis Tertinggi UMNO).
Maka itulah, tiba-tiba namanya juga terpalit dengan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) tersebut. Ini bagi memberi tekanan kepada beliau agar berusaha memujuk Asri untuk bersama UMNO, atau kedua-duanya akan dihumbankan ke dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dasar terlibat dengan kumpulan pengganas yang boleh menggugat keselamatan negara. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini nanti.
[Dalam kes ini, apa yang amat mengejutkan kita ialah nama Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang juga dikaitkan dengan pengganas. Apakah motif sebenar tindakan ini agaknya?.
Benarlah kenyataan beberapa orang pemimpin baru-baru ini, tindakan kerajaan menghebohkan isu pengganas Jemaah Islamiah (JI) adalah bertujuan untuk menangkap seberapa ramai pemimpin pembangkang bagi disumbat ke dalam penjara Kemunting sebagai tahanan (ISA). Ini terbukti dengan pendedahan terbaru yang mereka buat ini. Namun, dalam kes Dr.Asri pula maka ternyata beliu kini bakal berhadapan dengan onar dan duri.
Maknanya, menolak masuk UMNO dia akan ke dalam atau bersetuju masuk UMNO maka namanya akan dibersihkan dari senarai pengganas. Inilah taktik kotor permainan UMNO BN yang sudah dapat dihidu oleh rakyat marhaen].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.