Followers

Tuesday, June 8, 2010

Gempar: Misi Pilihan Raya Umum Ke-13, Sindiket Menjual MyKad Kepada Warga Thailand Yang Di Dalangi Oleh Puak-Puak UMNO Kini Terbongkar !

Ini satu berita panas yang baru kami terima lewat petang semalam. Ia sungguh mengejutkan dan bukanlah perkara biasa untuk dibicarakan sebenarnya. Sebelum ini memang sudah ada kejadian ini berlaku terutamanya menjelang sesuatu pilihanraya kecil di negara ini.

Malah, sebelum ini juga kami ada mendedahkan tentang sindiket yang sama beberapa tahun yang lalu. Kini seolah-olah penyakit ini berlaku lagi. Apa yang ingin kami paparkan di sini ialah berkaitan satu maklumat terbaru yang sungguh menggemparkan kini berlaku. Ia berkaitan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kian menjadi-jadi sekarang ini.

Ini berlaku di sebuah lokasi di Grik Perak dan kejadian tersebut melibatkan puak-puak UMNO sendiri. Menurut sumber kini pihak terbabit sedang menyiapkan 500 kad pengenalan untuk kumpulan mereka yang kebanyakannya merupakan rakyat Thailand. Mereka diberikan kad pengenalan dengan bersyarat dan perlu mengisi borang keahlian UMNO.

Malah, mereka diwajibkan mengundi BN untuk tiga kali pilihanraya umum akan datang. Kami masih mengumpul maklumat sahih dan bahan bukti untuk kes ini. Malah, kami mempunyai saksi penting yang menjalankan kegiatan demikian bagi pihak UMNO. Bila ditanya, apakah motif tindakan ini dilakukan maka dengan mudah mereka menjawab bahawa ia adalah satu strategi untuk memastikan UMNO BN menang besar dan berjaya merampas semula negeri yang dikuasai pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

[Sesungguhnya maklumat ini amatlah mengecewakan kita sebenarnya. Sudahlah sebelum ini banyak Mykad palsu yang terlepas ke tangan pendatang asing tanpa izin di negara kita. Kini ada sindiket yang didalangi UMNO untuk menawarkan MyKad Original pula kepada mana-mana rakyat Thailand yang mahu menetap lama dan berniaga di Malaysia. Syaratnya begitu mudah iaitu mengisi borang UMNO dan mengundi BN dalam tiga pilihanraya umum akan datang. Bukankah ini satu pengkhianatan sebenarnya. Sebelum ini kami juga mendapat maklumat beribu-ribu MyKad telah dianugerahkan kepada warga Kemboja yang menetap dan ingin bermastatutin dalam parlimen Pekan dekat sini.

Mereka juga perlu menunaikan syarat yang sama iaitu mengundi BN dalam setiap kali pilihanraya umum di adakan. Jika inilah senarionya, maka siapakah petualang rakyat sebenarnya?. Bukankah, demi kuasa puak-puak UMNO rela mengadaikan maruah negara kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya. Menariknya, rahsia sindiket ini didedahkan oleh warga Thailand terbabit. Kami akan membongkarkan maklumat terkini isu berkenaan dalam masa terdekat ini !!].

sumber : pahangdailyonline

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.