Followers

Tuesday, June 22, 2010

DAIM Meramalkan Selangor & Kedah Akan Kembali Pada UMNO/BN ?

PRU13 - Hanya Kelantan dan Pulau Pinang

By a lbanjari

Al-Brangi - Bekas Menteri Kewangan di zaman Mahathir, Tun Daim pernah meramalkan sebelum PRU12 dahulu, bahawa Selangor dan Pulau Pinang akan dimenangi oleh Pakatan rakyat. Sekarang beliau buat ramalan lagi, bahawa
Pakatan Rakyat hanya dapat bertahan di Kelantan dan Pulau Pinang, manakala BN akan berjaya merampas kembali Selangor dan Kedah.
-
Itu hanyalah ramalan beliau, mungkin betul-betul berlaku atau mungkin sebaliknya. Adakala ramalannya tepat atau mungkin kali ini ramalannya meleset sama sekali.

Sebagai manusia biasa, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. akan tetapi dengan segala data, rekod pencapaian yang kita perolehi, kita boleh buat unjuran.

Pakatan Rakyat seharusnya menerima ramalan ini dengan hati terbuka. Kita tidak boleh "syok" sendiri dan berperasan bahawa kita mempunyai pertahanan yang kebal, jauh sekali kita beremosi langsung kita tidak menghirau akan pandangan orang lain.

Sudah tentu, Tun Daim mempunyai justifikasi serta pengamatan sendiri selaku seorang ahli politik yang veteran lagi berpengalaman. Sekurang-kurangnya ada juga orang "luar" yang mengetuk "dahi" kita sebelum kita lambat "terhantuk" dan lambat "terngadah".

Sekarang bukan masanya ketiga-tiga parti yang mendokong Pakatan Rakyat menuding jari serta curiga mencurigai sesama sendiri......sapa yang tak "perform", sapa yang cemerlang, sapa yang curang, sapa yang ni, sapa yang anu......dan sebagainya.

Dalam konsep ISO 9001:2008, segala keperluan pelanggan (input) akan diproses dan akan disampaikan kepada pelanggan (output) dimana akhirnya akan wujud kepuasan hati pelanggan. ["Customer requirements ~ process ~ Customer Satisfaction".]

Saya yakin dan percaya Kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mempunyai mekanisme tersendiri untuk menrealisasi dan mempunyai kaedah sendiri untuk mengukur sejauh mana segala keperluan rakyat (pelanggan) tercapai sehingga wujud kepuasan hati rakyat (pelanggan).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.