Bot ambulans‘direhatkan’
TANJUNG LEMBONG - Persoalan dan teka-teki status bot ambulans yang diperkatakan penduduk Langkawi terjawab.
Perkhidmatan yang menjadi penantian penduduk Langkawi lebih 10 tahun itu ditunaikan pada 7 Mei, tahun lalu.
Bagi mendapatkan gambaran sebenar dan menjawab segala permasalahan penduduk Langkawi, Sinar Harian melakukan tinjauan bot itu di jeti Jabatan Laut Langkawi di Tanjung Lembung.
Bot ambulans, M V Suhail itu, masih berada dalam kondisi baik, terurus, dijaga rapi dan lengkap dengan krew bertugas.
Tinjauan juga mendapati, bot itu lengkap dengan bilik khas bagi menempatkan paramedik, ruangan dek terbuka bertujuan pemindahan beramai-ramai (mass evacuation) dan bilik pengasingan lengkap dengan alat bantuan perubatan.
Menurut sumber, bagaimanapun perkhidmatan bot ambulans itu, hanya beroperasi selama 312 hari, kira-kira 11 bulan sebelum ‘direhatkan’ pada 15 Mac lalu.
Selama ianya beroperasi, M V Suhail memberi perkhidmatan kepada kira-kira 100 pesakit dan mengendalikan seorang jenazah.
M V suhail, yang berharga RM8 juta itu kini, hanya mengalami masalah kelajuan di mana kelajuan asalnya mencecah 28 knot berbanding 16 knot kini.
Masalah itu berlaku disebabkan timbul masalah kos penyelenggaraan yang dikatakan terlalu tinggi hingga timbul juga masalah pembayaran elaun lebih masa dan krew yang terpaksa ‘standby’.
Menurut sumber, kos perjalanan dua hala dari Langkawi ke Kuala Kedah kira-kira RM2,000 dan perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis hanya RM1,500.
“Jika penduduk Langkawi menggunakan perkhidmatan sewa bot perbelanjaannya mencecah kira-kira RM4,000 bagi perkhidmatan pada waktu malam.
“Kami berharap Kementerian Kesihatan dan Jabatan Laut dapat berbincang dan menyelesaikan masalah ini dengan segera,” katanya ketika ditemui.
Sumber itu berkata, jika tidak, bebannya ditanggung oleh keluarga pesakit dan Kementerian Kesihatan.
Menurutnya lagi, kebajikan krew bertugas juga perlu diambil kira, mereka mempunyai jadual yang ditetapkan termasuk saat kecemasan.
“Segalanya lengkap dan teratur, hanya kerana masalah kewangan, beban ini ditanggung seluruh penduduk Langkawi.
“Bertahun-tahun penduduk Langkawi berusaha untuk mendapatkan perkhidmatan bot ini dan atas usaha Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib, akhirnya impian penduduk terlaksana, namun hanya separuh jalan,” katanya.
Pada majlis perasmian tahun lalu, M V Suhail dirasmikan dengan penuh gemilang oleh Menteri Kesihatan, Datuk Sri Liow Tiong Lai, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Jabatan Laut Malaysia, Datuk Kapten Ahmad Othman.
M V Suhail buatan tempatan dari Terengganu itu dilancarkan di Telaga Houbour, Pantai Kok dan turut disaksikan kira-kira 100 tetamu dan pada sebelah petangnya orang ramai mengambil kesempatan melihat kapal itu dengan lebih dekat.
Kini, harapan tinggal harapan, disebabkan tumpah nila setitik maka rosak susu sebelanga.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.