Followers

Thursday, June 10, 2010

Anwar kian hampir ke 'perangkap' 'mereka' ?......Peristiwa September 1998 Akan Berulang - Anwar Pasti Akan Ditangkap ?

Modus operandinya sama.

Lontarkan cerita-cerita sensasi, lepas itu dakwa dia di Mahkamah agar rakyat berbelah bagi......ada yang percaya.....ramai yang makin meluat.

Tujuannya bukan nak beri rakyat percaya......kerana majoriti sekali-kali tak akan percaya.....rakyat makin meloya, makin meluat......ramai yang dah termuntah pun.

Saban hari dan malam media akan mensensasikan isu yang paling jijik dan kotor ini.

Apabila perasaan meluat, benci, sakit hati, meloya dan geramnya penyokong dan pendokong sudah sampai ke tahap paling optimum......maka sudah pasti siri ceramah umum akan diusahakan untuk memberi penerangan kepada umum akan duduk butir sebenarnya kerana media tempatan sudah tertulis dalam 'piagam'nya, 'berita baik hanya untuk Umno, seoptimum mungkin, burukkan pembangkang'.

Di kemuncaknya 'target-man' itu sendiri akan membuat 'roadshow' keseluruh negara, maka di saat ini kenyataan 'standard' akan dikeluarkan, 'Anwar amat merbahaya kepada ketenteraman awam dan keselematan negara. Amat jelas pihak keselamatan berhempas pulas menjaga keselamatan umum kerana setiap malam beliau menghasut rakyat. Dengan ini disyorkan beliau ada keperluan dan kewajaran di'ngap' untuk meredakan penyokong dan pendokong.'

Datuk Seri Anwar sudah hampir memasuki 'perangkap' 'mereka'. Sila baca di sini ,

Masih kah kau ingat, selepas Datuk Seri Anwar buat 'roadshow' suatu waktu dulum akhirnya beliau di'ngap'.

al-brangi:

Tetap terpahat dalam helaian sejarah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.