Followers

Tuesday, June 22, 2010

Altantuya: Menteri Enggan Sahkan Pembabitan Pegawai Najib

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata bekas pegawai khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar tidak terbabit dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.

Jawapan yang dikemukakan di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun tidak menjawap benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta yang berada di hadapan rumah Razak.

Bercakap kepada pemberita di luar Dewan Rakyat, Sivarasa melahirkan rasa dukacitanya yang kerajaan memilih untuk tidak menjawap soalan yang dikemukakannya.

"Jawapan yang diberikan tidak menyatakan sama ada Nasir berada di kereta itu ataupun tidak tetapi sebaliknya menceritakan perkara lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.