Followers

Thursday, May 27, 2010

YB Zul, ahli Parlimen Kulim, begitu lantang semasa dalam PKR


Rindunya YB Zul Noordin

ek-ele.co.cc

Sejak isu judi pertaruhan bola sepak diluluskan kerajaan, pelbagai pihak mengutarakan pelbagai bantahan sama ada orang kerajaan atau pun bukan. Ada yang membantahnya dalam diam. Ada yang menyokongnya dalam diam juga. Juga paling teruk menyokongnya dengan lantang.

YB Zul, ahli Parlimen Kulim, begitu lantang semasa dalam PKR menyuarakan pendapatnya berkaitan dengan isu-isu Islam. Ada sahaja yang diutarakannya tanpa menghiraukan partinya itu. Ada sahaja yang tidak kena padanya. Lantang dan bersemangat semacam jebat mencabar tuah mempertahankan raja. Lain benar rasanya apabila YB Zul dipecat. Sunyi dan sepi. Di mana semangat Islamnya sebelum ini yang begitu berkobar-kobar. Lebih-lebih lagi apabila judi ‘halal’ yang diluluskan sekarang. Utusan Malaysia juga semacam tidak lagi menghiraukannya.

Lambat-lambat pun Ezam dapat Senator apabila menghentam Anwar. Senyapnya YB Zul mungkin ada makna juga. Mungkin diminta diam oleh tujuannya. Sebelum ini YB Zul bukannya boleh apabila YB Khalid Samad bersuara. Kini YB Khalid samad bersuara, YB Zul pun diam juga.

Jadi senyap-senyaplah YB Zul. Mungkin ada yang ditungggunya tak membolehkan YB Zul bersuara. Sebenarnya ku rindukan YB Zul, nak tahu apa yang ingin dikatakannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.