Wednesday, May 19, 2010
بسم الله الرحمن الرحيم
SULAMAN MANIK – melayau
JOHOR BAHRU - Para pensyarah dan pelajar Politeknik Johor Bahru bergabung tenaga menyertai pertandingan Piala Sulaman Manik Kristal FTIMDC 2010 di Yayasan Tun Abdul Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pegawai Perhubungan Awamnya, S. Shantini Devi berkata, tiga pensyarah dan dua pelajar Sijil Kemahiran Khas Reka Bentuk Fesyen dari Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual menyertai pertandingan tersebut.
Beliau memberitahu, setiap peserta menghantar sepasang baju kebaya nyonya yang disulam dengan manik Kristal untuk dipertandingkan.
Menurutnya, penyertaan itu terbukti mampu mengetengahkan bakat pereka muda dalam kemahiran menyulam sulaman manik kristal di politeknik.
"Sekarang orang ramai amat meminati fesyen sulaman manik kristal. Melalui pertandingan ini, para pelajar dapat membuka minda untuk mencipta rekaan terkini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Katanya, pertandingan dan pertunjukan fesyen tersebut mampu merangsang kreativiti, inovasi dan menjamin keunggulan pertumbuhan dan keutuhan perkembangan industri fesyen tanah air.
KAH KAH KAH…
nota:
lihat baca dan hayati berita ini.
sedarilah betapa sedihnya taraf keilmuan
di lembaga lembaga pengajian tinggi kita.
lihat lah tahap keilmuan para pelajar ini.
lihat apa yang dipertandingkan?
ada univerisiti mengadakan pertandingan debat
ada kolej mengadakan pertandingan menulis karangan
ada universiti mengadakan pertandingan mengatur bunga telor
ada universiti mengadakan pertandingan konda kondi
30 tahun dahulu universiti bukan seperti ini
kita berbangga dengan keilmuan pusat pengajian kita
kita setaraf berdiri sebaris dengan warga dunia
menyulam - mengatur bunga – membodek - menyundal
bukan tugas pensyarah atau mahasiswa
universiti adalah gedung ilmu
universiti adalah ruang mencanai idea dan pendapat
universiti adalah lembaga di mana percubaa ilmiah dilakukan
bila agaknya melayu hendak sedar
kita sedang menuju untuk menjadi daulah gagal
sama seperti burma zimbabwe isreal dan pakistan
jika dalam masa 10 tahun ini kita tidak memghumbankan
gerombolan yang hari ini maka masa depan kita amat gelap
akan sampai masanya :
kita semua akan mengambil bahagian dalam pertandingan memecah teloo kah kah kah - TT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.