"..ideologi cipataan manusia menggamit kelahiran bayi longkang, penderaan bayi, anak dan isteri, melahirkan masyarakat yang tahi judi, dan tahi arak.
Korupsi di dalam sistem pemerintahan, kroni, monopoli, nepotisma, autokrasi dan sentimen perkauman yang ketara dan berleluasa sebagai permainan dan umpanan politik kotor dan jahat yang sama sekali bukan daripada Islam tetapi daripada kerapuhan sistem sekular manusia.."
Korupsi di dalam sistem pemerintahan, kroni, monopoli, nepotisma, autokrasi dan sentimen perkauman yang ketara dan berleluasa sebagai permainan dan umpanan politik kotor dan jahat yang sama sekali bukan daripada Islam tetapi daripada kerapuhan sistem sekular manusia.."
[II] - Persepsi : Parti Islam Satu Malaysia dan Dewan Himpunan Penyokong PAS
Oleh : Nash Ar- Rawy ( www.nasharrawy.blogspot.com )
PAS sebagai Parti Islam Satu Malaysia telah sukses untuk sekian lama menggabung rakyat daripada apa keturunan dan agama pun yang belum Islam menganggotai Dewan Himpunan Penyokong PAS ( DHPP) setaraf dan se-hak dengan anggota lain dalam Dewan Pemuda, Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat dalam PAS.
Satu pengiktirafan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS, iaitu ‘ PAS FOR ALL ‘. Pembuktian yang praktis yang dilakukan PAS bahawa Gerakan Islam sedunia amnya dan Gerakan Islam di nusantara ini, khasnya PAS bisa menyaingi demokrasi ciptaan manusia kerna sistem Islam itu adalah ‘rahmatanlil alamin ‘ dengan motto ‘Peace’ ( keselamatan dan Keamanan) dan ‘Justice For All” selaras dengan tuntutun Al-Qur’an :
“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu(hamba Ar-Rahman [ialah] orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil( Jahilun ) menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik: Salamun . ‘Peace’ ( Al Furqon: ayat 63 ).Malaysia negara yang majmuk tiada seperti di negara Arab yang mempunyai Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin atau di Pakistan dan India yang mempunyai Gerakan Islam Jamaat Islami yang hanya menumpukan masyarakat yang majoriti daripada satu bangsa sahaja iaitu Arab dan bangsa Bangladesh dan Pakistani.
Sebenarnya masyarakat yang plural di Malaysia adalah satu aset anugerah tuhan kepada Gerakan Islam di Malaysia ( PAS) untuk membuktikan bahawa Sistem Islam adalah kontemporari dengan zaman moden dan tiada ketinggalan zaman sampai hari kiamat dan membawa kepada masa depan yang sebenar di akhirat.
Demokrasi ciptaan manusia ternyata gagal menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum dan agama dan tiada upaya memberikan sistem ekonomi, sistem pemerintahan, sistem perundangan dan sistem sosial yang baik kepada manusia.
Ideologi cipataan manusia menggamit kelahiran bayi longkang, penderaan bayi, anak dan isteri, melahirkan masyarakat yang tahi judi, dan tahi arak. Korupsi di dalam sistem pemerintahan, kroni, monopoli, nepotisma, autokrasi dan sentimen perkauman yang ketara dan berleluasa sebagai permainan dan umpanan politik kotor dan jahat yang sama sekali bukan daripada Islam tetapi daripada kerapuhan sistem sekular manusia.
Yang terkini, kemungkaran ekonomi lesen judi bolasepak piala dunia yang menguntungkan kroni Vincent Tan dan Umno yang merosakkan sistem sosial dan keluarga serta mengggamit berlakunya jenayah .
Ini dapat di lihat sendiri kepada sistem pemerintahan UBN yang tiada upaya menyatukan rakyat yang berbilang kaum walaupun dengan rasuah politik jutaan ringgit kerna politik Umno bukan siasah Islam tetapi berasaskan kaumiyyah : Melayu( Umno) Cina ( MCA) dan India ( MIC). Keadilan tiada berlaku dalam sistem kehakiman kerna campurtangan eksekutif dan polikus. Kes DS Anuar berhubung pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri dikatakan Raja tiada kuasa kerna PM yang berkuasa. Dalam kes DS Nizar mantan MB Perak pula, Sultan ada kuasa manakala Mahkamah tiada kuasa.
Sementara sistem DEB dan MEB adalah sama sahaja daripada acuan yang sama untuk kroni bukan untuk rakyat marhein. Melayu tipu Melayu, Cina tipu Cina, India tipu India . Melahirkan Anaconda Krishnan, Mukhriz dan Vincent Tan yang kaya lagi dengan lesen judi bola.
Rakyat sudah mulai sedar akan hal ini dan mulai menerima kerajaan pimpinan Pas/Pakatan di Kelantan dan Kedah begitu juga dengan asas kerjasama politik ( ‘Tahaluf Siasi ‘) dengan DAP dan Keadilan yang tiada berteraskan perkauman seperti di Selangor dan Pulau Pinang mendapat sokongan dan dokongan yang padu daripada Parti Islam Satu Malaysia atas keadilan untuk semua yang selaras dengan tuntutan Islam yang memberikan hak kepada orang bukan Islam .
Membantu sesiapa sahaja yang miskin tanpa mengira kaum dan agama. Bukti kerjasama Pas di Sibu jadikan Umno sebu terus. Justeru itu sistem Islam bakal menjadi sistem dunia iaitu alternatif kepada sistem ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunisma tanpa memaksa bukan Islam masuk Islam seperti yang pernah dimaterialisasikan oleh Muhammad s.a.w. mengikut kitabullah dan assunnah yang melahirkan Piagam Madinah, dan Negara kebajikan Madinah untuk semua kaum dan agama tanpa apa-apa perbezaan ke atas mereka yang dijamin oleh Sistem Islam.
Tiada toleransi kepada nationalisma, rasis, rasuah, autokrasi dan salahguna kuasa. DHPP dipercayai akan berkembang pesat untuk semua rakyat Malaysia . “ PAS FOR ALL “ God Is The Greatest! (Nash Ar- Rawy/)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.