EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Husam Musa menganggap ketokohan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hampir sebaris atau setaraf dengan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad, pengasas Hammas Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yassin dan juga lain-lain pemimpin Islam dunia dalam mempertahankan dan memperjuangkan cita-cita Islam.
Beliau menganggap sedemikian kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz walaupun bertubuh kecil, namun pengaruh ucapannya begitu digeruni oleh seteru politiknya sebagaimana Amerika Syarikat dan Israel begitu gerun terhadap pengaruh ucapan Mahmood, Ahmad dan lain-lain pimpinan Islam dunia.
"Bagi saya, Tok Guru semacam Ahmadinejad (kerana) tubuh sahaja yang kecil, beliau bukan jenis yang gagah perkasa, berbadan sasa atau ada lain-lain kelebihan fizikal tapi bila Tok Guru bersuara, ia begitu menakutkan seteru-seteru politiknya (seperti) UMNO," ujar beliau kelmarin dalam Ceramah Cakna yang telah diadakan Dun Kijang, Kelantan.
"Sheikh Ahmad Yaasin juga berumur orangnya, saya kira seperti Tok Guru, tetapi Sheikh Ahmad Yasin menakutkan Zionis Israel manakala ucapan Nik Aziz pula menakutkan proksi Zionis Israel di Malaysia." ujar beliau lagi kepada para hadirin yang hadir. beliau (Dato' Haji Husam Musa sebelum ini adalah ADUN Kijang sebelum bertanding dan menang di DUNSalor)
Sehubungan itu, Husam yang juga AJK PAS Pusat berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai simbol perjuangan rakyat serta pemimpin spiritual oleh rakyat dan sebilangan besar pemimpin Pakatan Rakyat belakangan ini.
"Tok Guru amat disenangi oleh hampir semua masyarakat berbagai bangsa di Malaysia, sebut saja nama Tok Guru, baik cina, india, melayu, orang asli atau apa-apa bangsa pasti kenal dan teringin untuk berjumpa dengan Tok Guru secara berdepan. dapat tengok dari jauh pun sudah cukup, sudah mendapat kepuasan dalam diri".
Disebabkan itu juga, beliau berharap Nik Aziz supaya tidak mengendahkan desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar
Kelantan oleh seteru-seteru politik Nik Aziz.
"Kenapa nak suruh Tok Guru berhenti (melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar)? Tok Guru adalah simbol besar kalau tidak pada PAS pun, rakyat anggap Tok Guru sebagai simbol perjuangan menolak politik perkauman yang dicanangkan oleh rejim UMNO," ujarnya lagi.
Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga Adun Salor mencadangkan Nik Aziz supaya bertanding untuk kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, selain terus kekal bertanding di kerusi Dun Chempaka.
"(Pada) PRU13, saya cadang Tok Guru bukan setakat dikekalkan bertanding (di peringkat) Dun, kalau boleh bertanding (di peringkat) Parlimen, saya akan memberikan sokongan penuh" beliau menambah.
Menurut beliau, dengan ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Dewan Rakyat kelak, tidak mustahil ianya bakal menggugat kepemimpinan UMNO BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana yang terjadi di Dun Kelantan sebelum ini.
Turut berucap dalam Ceramah Cakna di Karnival Rakyat dan EXPO Pertanian DUN Kijang pada malam itu ialah, ADUN Kijang Wan Ubaidah binti Omar yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.
Dato' Haji Husam Musa dan YB Ubaidah juga sempat menyampaikan hadiah bagi cabutan bertuah kepada para pemenang yang berupa Basikal, Hamper, seekor kambing dan juga seekor lembu sumbangan beberapa individu dan Syarikat Swasta dalam majlis tersebut.
Beliau menganggap sedemikian kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz walaupun bertubuh kecil, namun pengaruh ucapannya begitu digeruni oleh seteru politiknya sebagaimana Amerika Syarikat dan Israel begitu gerun terhadap pengaruh ucapan Mahmood, Ahmad dan lain-lain pimpinan Islam dunia.
"Bagi saya, Tok Guru semacam Ahmadinejad (kerana) tubuh sahaja yang kecil, beliau bukan jenis yang gagah perkasa, berbadan sasa atau ada lain-lain kelebihan fizikal tapi bila Tok Guru bersuara, ia begitu menakutkan seteru-seteru politiknya (seperti) UMNO," ujar beliau kelmarin dalam Ceramah Cakna yang telah diadakan Dun Kijang, Kelantan.
Sehubungan itu, Husam yang juga AJK PAS Pusat berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai simbol perjuangan rakyat serta pemimpin spiritual oleh rakyat dan sebilangan besar pemimpin Pakatan Rakyat belakangan ini.
"Tok Guru amat disenangi oleh hampir semua masyarakat berbagai bangsa di Malaysia, sebut saja nama Tok Guru, baik cina, india, melayu, orang asli atau apa-apa bangsa pasti kenal dan teringin untuk berjumpa dengan Tok Guru secara berdepan. dapat tengok dari jauh pun sudah cukup, sudah mendapat kepuasan dalam diri".
Disebabkan itu juga, beliau berharap Nik Aziz supaya tidak mengendahkan desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar
Kelantan oleh seteru-seteru politik Nik Aziz.
"Kenapa nak suruh Tok Guru berhenti (melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar)? Tok Guru adalah simbol besar kalau tidak pada PAS pun, rakyat anggap Tok Guru sebagai simbol perjuangan menolak politik perkauman yang dicanangkan oleh rejim UMNO," ujarnya lagi.
Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga Adun Salor mencadangkan Nik Aziz supaya bertanding untuk kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, selain terus kekal bertanding di kerusi Dun Chempaka.
"(Pada) PRU13, saya cadang Tok Guru bukan setakat dikekalkan bertanding (di peringkat) Dun, kalau boleh bertanding (di peringkat) Parlimen, saya akan memberikan sokongan penuh" beliau menambah.
Menurut beliau, dengan ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Dewan Rakyat kelak, tidak mustahil ianya bakal menggugat kepemimpinan UMNO BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana yang terjadi di Dun Kelantan sebelum ini.
Turut berucap dalam Ceramah Cakna di Karnival Rakyat dan EXPO Pertanian DUN Kijang pada malam itu ialah, ADUN Kijang Wan Ubaidah binti Omar yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.
Dato' Haji Husam Musa dan YB Ubaidah juga sempat menyampaikan hadiah bagi cabutan bertuah kepada para pemenang yang berupa Basikal, Hamper, seekor kambing dan juga seekor lembu sumbangan beberapa individu dan Syarikat Swasta dalam majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.