Followers

Tuesday, May 18, 2010

Sensasi: BN Terpaksa Tunai Segala Janji Manis Di Sibu Kerana Mereka Amat Takut Rakyat Sarawak Tolak Parti Nazak Itu Di Pilihanraya Negeri Nanti

Terkadang kita merasa sedih dan terharu mendengar ungkapan yang terpacul daripada mulut Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak bila mengulas kekalahan BN dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak baru-baru ini. Antara lain Najib mengaku bahawa jentera BN tidak bertenaga dan kurang kreatif berbanding dengan petugas Pakatan Rakyat.

Beliau mengakui BN gagal memenangi hati rakyat dan bersedia melakukan "bedah siasat" untuk mencari puncanya. Anehnya, Najib juga mengatakan pembangkang berjaya mengadakan ceramah setiap hari yang menyebabkan rakyat serta pengundi berpihak kepada mereka. Persoalannya, bukankah BN juga berceramah setiap hari, malah lebih hebat lagi kempen BN juga disokong oleh semua media arus perdana.

Saban hari, kita disaksikan dengan berita kemunduran dan kedaifan rakyat Sarawak dan pemimpin BN kononnya turun menghantar bantuan yang dinanti-nantikan. Mereka turun dengan membawa berbagai-bagai projek "mee segera" serta janji pembangunan dan kebajikan untuk rakyat. Namun, anehnya Najib kecewa kerana BN tetap tewas biarpun majoriti undi pos berpihak kepada calon mereka. Soalnya sekarang kenapa rakyat Sibu menolak BN?.

Setelah beberapa tilikan dibuat, rupanya rakyat dikawasan itu memang amat benci dengan segala janji-janji manis pemimpin BN semasa berkempen di kawasan mereka. Pemimpin BN terutamanya Muhyiddin dan Najib, cuba memperbodohkan rakyat dengan menjanjikan segala macam kemewahan dan projek pembangunan yang kesemuanya dikatakan bernilai RM5.155 billion kesemuanya.

Bayangkan, peruntukan yang sepatutnya boleh digunakan untuk seluruh rakyat Sarawak hanya mahu dihumbankan kepada pengundi di Sibu. Bukankah ini sesuatu yang diluar dugaan dan tidak masuk dek akal fikiran manusia yang waras sebenarnya. Mereka cuba memperbodohkan pengundi di Parlimen Sibu, seolah-olah mereka semua itu "tidak ada otak" untuk membuat pertimbangan.

Lantaran itulah akhirnya mereka menolak tawaran BN itu dan menganggap semuanya hanyalah "omongan kosong" dan "gula-gula pilihanraya" yang hanya bertujuan memancing undi semata-mata. Malah mereka juga mempersoalkan, kenapa setelah beberapa penggal BN memerintah di Sarawak, segala peruntukan itu tidak kunjung tiba. Kenapa disaat mereka terdesak untuk meraih simpati dan mendapat undi barulah "terhegeh-hegeh" memohon rakyat mengundi mereka. Antara senarai projek yang dijanjikan oleh BN sekiranya mereka menang di Pilihanraya Kecil Sibu itu ialah: -
RM4 bilion telah diperuntukkan kepada Sarawak bagi sektor Pendidikan dalam RMK9 dengan 1,700 buah sekolah telah dibina termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan | RM1 bilion untuk penebatan banjir di mana RM300 juta telah dilaksanakan (Fasa I). RM99 juta telah diperuntukkan kepada Sibu dalam RMK9 dan akan ditambah dalam RMK10 | RM28 juta untuk Pulau Bruit bagi faedah 9,000 penduduk yang duduk di 13 Kampung di pulau tersebut dengan pemilihan Pulau Bruit sebagai Kota Agropolitan yang baru di Negara kita dengan bajet RM18 juta dan bagi projek bekalan air bersih dengan kos RM10 juta.

| RM 18 juta diperuntukkan kepada 65 sekolah bantuan Cina dan dua buah sekolah kebangsaan | RM6.6 juta untuk kebajikan umat Islam termasuk bina dua masjid. RM2 juta telah diperuntukan untuk naik taraf sistem perparitan dan menurap jalan di Kg Bahagia Jaya dan Kg Jeriah | RM 1 juta pemberian Komputer riba percuma bernama “Netbook 1Malaysia” bernilai RM999 untuk 1000 pelajar di Sibu yang mana menjadi sebahagian dari bujet RM1 bilion pemberian netbook percuma kepada pelajar kurang mampu seluruh Negara | RM 500,000 diperuntukkan untuk Sek. Men. Agama Sibu | Dewan Serbaguna bernilai RM250,000 yang akan dibina dalam kawasan Sek.Men.Kebangsaan Batang Igan, Dalat | RM 100,000 untuk naik taraf dua buah sekolah iaitu Sek.Keb.Rantau Panjang dan Tanjung Penasu, Bawang Assan di mana majoriti pelajar adalah kaum Iban

|
Kemudahan wifi dengan kewujudan Kampong Wifi Pertama di Malaysia di Kampung Bahagi Jaya, Teku yang akan memberi manfaat kepada 5,000 penduduk | Bekalan eletrik untuk 2,000 penduduk di Sg Rasau sebelum 2012 dengan tambahan RM600 kepada setiap pintu rumah panjang bagi tujuan baik pulih | Siaran TV satelit percuma untuk 200,000 penduduk pendalaman Sabah dan Sarawak bagi saluran RTM,TV3 dan Astro yang akan ditentukan kelak | Naik taraf Kolej Laila Taib menjadi sebuah Universiti pada tahun 2012.

sumber : PDO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.