Pilihanraya Kecil Sibu telah pun selesai.Akhirnya DAP memenangi kerusi Sibu. Jumlah yang keluar mengundi adalah 70%. Wong Ho Leong dari DAP mendapat 18,845 undi. Manakala Robert Lau dari BN mendapat 18,447 undi. Narawi Haron, seorang calon bebas mendapat 232 undi sahaja.Undi Rosak ialah sebanyak 395 undi.Dengan demikian calon DAP dari Pakatan Rakyat memenangi PRK Sibu dengan kelebihan 398 undi.
2.Melihat kepada realiti yang ada dan senario sebelum pilihanraya Sibu serta selepas PRK Hulu Selangor yang memastikan kekalahan PR di tangan BN, kita juga percaya Sibu bakal dimenangi BN.Hampir RM 20 juta telah dijanjikan oleh PM bagi memajukan Sibu dalam kempen pilihanraya BN khasnya untuk sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Namun akhirnya BN tetap menerima kekalahan,satu episod sedih buat BN.
3.Sebelum itu, melalui media massa milik BN, mereka telah mencanangkan bahawa Keadilan akan kalah serta ramai di antara pemimpinnya akan meninggalkan parti itu dalam waktu terdekat. Dengan adanya PAS bersama, mereka telah memburukkan pula konsep negara Islam, di mana habis semua akan dipotong jika DAP menang, kerana DAP dan PAS berada dalam satu barisan, tanpa mengira ucapan-ucapan sedemikian akan memurtadkan seseorang Islam , dan melayakkan mereka dihukum mati menurut kanun Jenayah Syariah.
Di manakah suara-suara mufti, orang-orang kuat agama dalam BN seperti Jamil Khir Baharom, Dr.Mashitah, Dato'Harussani, Ustaz Nakha'ei dan sebagainya apabila mendengar suara-suara kempen yang mencalarkan imej Islam di mata umat Islam dan bukan Islam? Barangkali apa yang dapat dikatakan ialah BN mengamalkan politik Machiavelli, di mana tujuan menghalalkan cara. Ini jelas terlihat dalam soal meluluskan lesen Judi Bola bagi piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.
4. Apa yang jelas dari PRK ini, Pakatan Rakyat sebenarnya tidaklah ditolak oleh rakyat marhaen, walaupun Zaid Ibrahim kalah pada PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Bahkan Keadilan Ipoh dikatakan bubar dan menyertai BN, sementara di Kedah empat orang Adun Keadilan dikatakan akan meninggalkan parti dalam waktu terdekat yang akan memaksa MB Kedah,Ustaz Azizan, membubarkan dewan undangan negeri, serta mengadakan pilihanraya semula.
5. Namun kemenangan di Sibu menunjukkan Pakatan Rakyat tidaklah ditolak oleh rakyat Sibu, bahkan sebenarnya BN lah yang ditolak. Ini menaikkan imej Pakatan Rakyat yang dipukul teruk oleh media cetak dan elektronik BN, sehingga sebahagian rakyat hampir mempercayainya. Namun kemenangan di Sibu menunjukkan hal sebaliknya.
Walaupun dibelasah teruk oleh BN, namun rakyat Sarawak sudah mulai memilih Pakatan Rakyat serta meninggalkan BN yang sombong, korup, janji palsu dan sebagainya di samping membodoh-bodohkan rakyat mereka sendiri. Sinar baru mulai bercahaya di Malaysia Timur dan diharap dengan kerja keras sekelian ia akan berterusan sehingga PRU ke 13.Untuk itu tahniah diucapkan untuk rakyat Sibu dan seluruh petugas pilihanraya Sibu yang telah memilih PR, dan mudah-mudahan akan berkekalan sehingga ke PRU akan datang.
AlKundangi,
17.5.2010
http://alrembauwi.blogspot.com

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.