Followers
Monday, May 17, 2010
Pengerusi SPR Cemas Ketika Diwawancara TV3
Sungguh melucukan pabila melihat wajah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abd Aziz Yussof (foto) yang nampak cemas dan gelabah ketika diwawancara oleh wartawan TV3 mengenai perkembangan pilihanraya kecil Parlimen Sibu hari ini.
Kelibat beliau dapat dilihat ketika lintas langsung yang dibuat oleh stesyen TV itu ke Pusat Pengiraan Undi di Sibu sebentar tadi.
Ketika ditanya tentang jumlah peratusan keluar mengundi yang merosot, beliau mengatakan amat hairan dengan sikap pengundi di Sibu. Malah ada sesuatu yang aneh telah dikeluarkan oleh Aziz iaitu berkenaan peratusan pengundi itu. Sebelum ini dia mengumumkan peratusan adalah 59.86%, tetapi kemudian beliau mengatakan kemungkinan peratusan melebihi 60%.
Malah, mengatakan pengumuman rasmi keputusan pilihanraya kecil kali ini akan dibuat selepas jam 10.00 malam dan bukannya 9.00 malam seperti yang dijanjikan oleh beliau sebelum ini.
Kenapa Media Arus Perdana Tidak Profesional
Kita amat terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh media arus perdana. Ia jauh sekali berbeza ketika pengumuman atau lintas langsung keputusan pilihanraya kecil di Hulu Selangor baru-baru ini. Apa yang jelas, tidak kelihatan langsung keputusan tidak rasmi dicatatkan pada skrin TV seperti kebiasaannya.
Biarpun DAP belum disahkan sebagai pemenang, sepatutnya media seperti TV3, RTM dan lain-lain perlu lebih profesional dalam melaporkan yang terkini dari Pusat Pengiraan Undi seperti kebiasaannya. Apakah dek kerana mereka melihat tanda-tanda DAP menang maka media diarahkan tidak membuat laporan kemenangan tersebut untuk tidak memalukan kepimpinan Kerajaan BN itu sendiri.
sumber : pahangdailyonline
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.