Anak Perempuan Samy Vello
Mantan Ketua Bahagian Kongres India Malaysia (MIC) Petaling Jaya Selatan, Encik V. Subramaniam, meminta kelmarin ahli parti itu tidak terpedaya dengan janji Datuk Seri S. Samy Vellu bahawa beliau akan berundur kerana ia sekadar gimik saja, katanya.
Sejak 2006 Presiden MIC itu telah berkali-kali berkata beliau akan berundur tetapi semua itu hanya untuk meredakan desakan oleh sebahagian besar ahli parti itu, ujar Encik Subramaniam.
Encik Subramaniam berkata tindakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, Encik V. Mugilan, mendesak Datuk Seri Samy Vellu berundur tepat pada masanya demi menyelamatkan parti.
'Sejak 2006 ramai ahli tidak lagi mempercayai kata-kata beliau akan berundur kerana ia hanya janji kosong. Apabila beliau mengumumkan tarikh baru untuk berundur, ia menjadi bahan jenaka kerana ahli semakin muak mendengarnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.