Followers

Saturday, May 15, 2010

NAMA BARU SPRM: Suruhanjaya Perasuah Rosmah Mansor

Saya menyeru tindakan segera dilakukan oleh pihak SPRM ke atas isu bagaimanakah wang yang berjumlah sehingga RM1.5 juta diperolehi untuk membiayai pengiklanan dua mukasurat penuh dalam akhbar New York Times itu? Ini kerana Pengarah Eksekutif New York Times, Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia. Dan bukannya oleh individu-individu seperti yang dinamakan dalam iklan tersebut.

Melihat kepada jumlah yang dinyatakan, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab utama bagi SPRM untuk menyiasat perkara ini dengan efisien sebagaimana yang dilakukan terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat. Saya mahu sumber ini diperjelaskan dengan nyata agar pengkhianatan terhadap wang rakyat tidak berlaku hanya untuk memenuhi selera dan nafsu pihak yang berkuasa.

Sekali lagi saya dengan tegas menuntut profesionalisme SPRM dalam menjalankan tugas tanpa mengira darjat.


Puan Hjh Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita KEADILAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.