Followers

Wednesday, May 19, 2010

Mahkamah Tangguh Hukuman, Bung Mokhtar Fail Notis Rayuan

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini membenarkan permohonan ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan ke atas dirinya.

Menurut hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, penangguhan itu diluluskan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.

Hakim juga memerintahkan ahli parlimen itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000.

Mengikut Malaysiakini, Bung Moktar diarahkan memfailkan notis rayuan itu dalam masa 14 hari.

Peguamnya sebelum itu mengemukakan permohonan penangguhan memandangkan Bung Moktar berdepan dengan kemungkinan kehilangan kerja sekiranya dipenjarakan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.