Followers

Wednesday, May 19, 2010

LEPAS GERAM : Bangkit Isu Rakyat, Dua Adun Sarawak Digantung

Hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menyaksikan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Sarawak digantung selama setahun, berkuat kuasa serta merta.
KUCHING: Hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menyaksikan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Sarawak digantung selama setahun, berkuat kuasa serta merta.


Mereka ialah Adun Pandungan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dominic Ng Kim Ho dan Adun Kota Sentosa, Chong Chien Jen dari DAP.


Dominic digantung kerana didakwa menghina Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Chien Jen digantung atas alasan mendakwa Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) membohongi rakyat dalam isu banjir.

Penggantungan itu diumum Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar selepas membuat undian di kalangan ahli Dewan.

Kejadian ini berlaku dua hari selepas Pakatan Rakyat melalui calonnya, Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang sebelum ini adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.