laporan Mohd Sabri Said@harakahdaily |
PERMATANG PAUH, 19 Mei: "Lagi banyak Kerajaan Barisan Nasional (BN) membicarakan pasal Islam, lagi banyak perjudian tumbuh. Contoh terbaru 'judi bola' yang bakal mewarnai masyarakat ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia bulan depan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap pada majlis penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) tahun 2010 di Madrasah Al-Aminiah, Permatang Nibung pagi tadi, beliau menambah, judi bola akan menjadi trend terkini apabila kerajaan memberi lesen kononnya menghindarkan perjudian haram terutamanya kaki bola ketika perlawanan itu nanti. Menurutnya, memberi lesen bukan jalan penamat untuk membanteras perjudian di negara ini sebaliknya menambah kemelut sosial yang telah kusut sejak bertahun lamanya. Katanya, generasi muda terutamanya akan hanyut dilanda arus perjudian setelah kerajaan sendiri memberi kebenaran. Tambahnya, tokoh agama dalam Umno khususnya kenapa mendiamkan diri sedangkan jika membabitkan pembangkang bukan main lagi mereka ke hadapan. Sepatutnya, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, mereka bersuara kerana judi merupakan perosak masyarakat yang nyata dan harus dibanteras bukan digalakkan. "Mana dia tokoh agama yang sanggup bercanggah pendapat dengan tokoh politik pembangkang jika timbul isu agama. Kenapa mereka diam membisu. Sepatutnya mereka malu dengan status Malaysia sebagai Negara Islam tersohor di dunia, " ujarnya. Beliau berkata, rakyat Negeri Pulau Pinang harus berterima kasih kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang begitu prihatin terhadap Islam dan perkembangan sekolah agama yang berada di bawah penguasaannya. Katanya, Ketua Menteri banyak membantu dengan memperuntukkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan terbaru kepada SAR semata-mata mahu melihat perkembangan Islam walaupun beliau bukan individu Islam berbanding Ketua Menteri atau Menteri Besar Kerajaan BN. "Mereka tidak langsung memikirkan bagaimana untuk memartabatkan Islam termasuk SAR yang masih berada di tahap rendah berbanding sekolah agama lain di Malaysia," katanya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. |
Followers
Wednesday, May 19, 2010
Lagi banyak BN cakap pasal Islam, judi bertambah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.