Followers

Saturday, May 22, 2010

KU LI BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA ??






BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA MENYOAL
ISTERI ROSMAH DI PARLIMEN


1. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Perdana Menteri menyatakan intipati perjanjian Malaysia/Brunei 16 Mac, 2009, hingga mengakibatkan Petronas kehilangan hak carigalinya di kawasan Blok L dan M. Mungkinkah ada elemen penyelewengan atau korupsi yang mengakibatkan kerugian berbillion ringgit.

Hari Selasa -15.6.2010

2. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah sebenar kerugian yang besar syarikat Sime Darby melalui pelaburannya di Qatar dan projek hidroelektrik Bakun memandangkan Amanah Saham Nasional dan Bumiputra merupakan pelabur yang penting dalam syarikat tersebut.

Hari Selasa - 22.6.2010

3. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pekerja asing tanpa izin yang berjaya dikesan mengikut spesifikasi bidang pekerjaan dan apakah penyelesaian berhubung tenaga pembantu rumah dari Indonesia.

Hari Selasa - 29.6.2010

4. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah wang yang telah dipulangkan kembali kepada kerajaan oleh syarikat dan individu yang diselamatkan dari sejumlah lebih kurang lima puluh billion ringgit yang digunakan sewaktu krisis ekonomi 1998.

Hari Selasa - 6.7.2010

5. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang boleh dan akan diambil terhadap pemimpin politik yang menerajui sesebuah syarikat milik kerajaan mengakibatkan berlakunya kerugian dalam sesuatu urusniaga seperti yang dialami oleh Sime Darby.

Hari Selasa - 13.7.2010

6. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil ke atas mereka yang menyebabkan kerugian sejumlah 30 billion ringgit dalam urusniaga matawang asing dalam pertengahan tahun sembilan-puluhan.

Nota:

kita lihat dan tunggu
apa jawan isteri rosmah
kita lihat dan tunggu
ada cerita tentang limbang
kita lihat dan tunggu
apa cerit
a judi bola kah kah kah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.