Followers
Saturday, May 22, 2010
Koroner Tolak Permohonan Keluarga Sabit Menteri Hina Inkues
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohononan merujuk Datuk Seri Nazri Aziz kerana menghina mahkamah, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menuduh pakar patologis, Dr Pornthip Rojanasunand, sebagai penipu.
Koroner Azmil Muntapha Abas ketika menolak usul itu berkata Datuk Seri Nazri sekadar menyuarakan pandangan peribadi dan tidak menjejaskan prosiding inkues.
Nazri dilaporkan menyelar Dr Pornthip sebagai penipu selepas pakar patologis antarabangsa itu enggan lagi terbabit dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.
Kenyataan Nazri itu mendorong keluarga mangsa memfailkan permohonan mendesak Nazri Aziz dirujuk kerana menghina mahkamah.
Media mendakwa Dr Pornthip menarik diri atas alasan tekanan politik dari pihak tertentu. Keluarga mangsa kini dalam usaha menyakinkan mahkamah mengambil keterangan dari Dr Pornthip secara langsung melalui sidang video.
Ketika ditemui di luar mahkamah, keluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan rasa dukacita dengan keputusan ini.
Adiknya, Teoh Lee Lan berkata pihaknya akan berbincang semula dengan peguam Karpal Singh untuk tindakan susulan.
Lee Lan berkata tuduhan yang dilemparkan itu amat tidak bertanggungjawab bagi seorang menteri kerana ia menjejaskan persepsi orang-ramai kepada keluarganya, dan juga Dr Pornthip.
“kita berpendapat sebagai seorang menteri dia harus bersikap adil penyata yang dia keluar ini memang tidak adil kepada dr pornthip dan kita, dia bukan jugde dalam kes ini, kenapa dia boleh simply cakap bohong, kita sangat kecewa dengan penyata yang Nazri keluarkan” kata Lee Lan.
“kalau ada apa tindakan seterusnya kita akan mengeluarkan penyataan, kita berbincang dengan lawyer dulu” beliau berkata lagi.
Sementara itu, peguam keluarga mendiang Karpal Singh berkata pihaknya akan merujuk permohonan mereka ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.