Followers

Friday, May 21, 2010

Khalwat : Timbalan Ketua Umno Dilepaskan Tanpa Bicara?

TIMBALAN KETUA UMNO DITANGKAP KHALWAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Lagi cerita khalwat pemimpin Umno: Timb. Ketua Umno cawangan dilepaskan tanpa bicara?




MARANG – Masyarakat sebuah kampung dalam daerah ini, merasa tidak puas hati kerana Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kampung (JKKK) tersebut yang ditangkap berkhalwat, telah dilepaskan tanpa bicara.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Cawangan kampung berkenaan telah ditangkap ketika berdua-duan bersama Ketua Puteri Umno Cawangan berhampiran di sebuah Resort tempatan pada jam 3 petang, Sabtu, 24 April lalu.

Yang lebih dikesalkan adalah, lelaki yang bertugas di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam itu, juga adalah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim terbabit.

Manakala, pasangannya, bertugas sebagai Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas) turut menjawat jawatan Ketua Puteri Umno bagi DUN berkenaan.
Tangkapan dilakukan oleh Pegawai Pencegah Maksiat daerah telah menetapkan perbicaraan keatas kedua-dua mereka pada bulan julai depan.

Malangnya, dengan campur tangan politik, kes mereka telah diselesaikan ‘dalam kamar’ tanpa di bicarakan di Mahkamah Syariah pada Isnin lepas 10 Mei, 2010.

Mereka hanya dikenakan denda sebanyak RM2200 setiap seorang dengan semua jawatan dikekalkan.

”Orang Umno tak malu, dan mengaggap maksiat hanya perkara biasa sahaja,”komen seorang penduduk yang tidak mahu dikenali. - ruangbicarapriamalaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.