Dah dua kali saya tulis fasal pemotongan subsidi ketika Kampung Baru ditukar nama kepada Kampung Balu (fasal Kampung Balu, lihat posting bertajuk "1Malaysia kepala hotak hampa!").
Dua posting saya fasal pemancungan subsidi ialah "Umno BN punya pasai, kita yang nak kena tanggung" dan "Betul ka tahun lalu aku dapat subsidi sampai RM12,900?" Saya mengaku, kalau kapal terbang, kedua-dua posting itu langsung tak mendarat. Selalu berlaku, kita tak jumpa kata-kata atau ayat yang sesuai untuk nak ucapkan apa yang kita nak kata.
Hari ni, ruangan komen Malaysiakini dapat katakan dengan tepat apa yang saya nak kata, "Come clean first before slashing subsidies". Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mesti buktikan depa bersih dulu sebelum subsidi dipenggal. Tangan penuh najis, tau-tau nak sembelih sana-sini.
Tu sebab saya tanya, Malaysia ni nak lingkup, seperti yang Datuk Seri Idris Jala gempaq, kerana subsidi atau kerana penyelewengan, ketirisan dan pelbagai buruk kelaku kerajaan Umno BN? Hanya subsidi ka yang kikis habis duit negara? Atau sebenarnya negara ni nak melingkup kerana perangai kurang ajar mereka yang berkuasa? Tibai serta faraidkan duit negara seperti pak tiri depa punya.
Persoalan itu dulu perlu dijawab. Betui la Malaysiakini kata "Come clean first before slashing subsidies".
Kerajaan mungkin akan kerat subsidi secara berperingkat-peringkat. Gempaq cukup-cukup dulu, nak jadi lagu Greece la, apa la, lepas tu kerat sikit. Lepas tu, buai sikit rakyat dengan lagu bercandu, kerat sikit lagi. Killing me softly with your song la katakan.
Kalau rentap gitu-gitu ja, nanti kalah pulak Umno dan BN dalam pilihan raya.
Oleh sebab saya ni dari golongan berpendapatan sangat rendah dan miskin, saya nak tanya la, boleh jamin ka kerat sikit-sikit tu tak menyakitkan rakyat berpendapatan sangat rendah dan miskin? Kami ni bukan Tan Sri Vincent Tan, Datuk Seri Tiong King Sing, Taek Jho Low atau mana-mana tuan agung Umno. Kami juga bukan macai Umno BN, depa lain la - sakit pun tak bangkit-bangkit.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.